Manggis : Mengapa Ia Digelar ‘Ratu Buah’? Kisahnya dan Manfaat Untuk Kesihatan

 

Lagenda mengatakan bahawa manggis adalah buah kegemaran Ratu Victoria dari Britain pada abad ke 19. Beliau sangat meminati rasa manggis sehinggakan sanggup memberi anugerah kesatria kepada sesiapa yang membawa manggis daripada Asia Tenggara ke tanah British. Ianya sukar kerana untuk sampai ke Britain mengambil masa berbulan lamanya dan buah manggis itu pasti akan rosak. Tidak pasti kesahihan kisah ini namun apa yang pasti rasa manggis sememangnya diminati ramai dan bukan Permaisuri Victoria sahaja!

Disamping lagenda itu, manggis juga digelar ‘ratu buah’ kerana buah versatil ini mempunyai kandungan nutrisi yang banyak serta dibuktikan melalui beberapa siri kajian dalam mencegah dan merawat beberapa penyakit utama.

 

 

Rasa Sedap Dan Berkhasiat

Ciri-ciri seorang ratu ialah wanita yang cantik dan bijak. Begitu juga ciri-ciri ‘ratu buah’, manggis mempunyai rasa yang sedap dan penuh dengan khasiat bukan sahaja isinya malah kulit. Mudah kata cantik luar dan dalam!

Isinya masam manis, berjus dan sedikit rasa asid yang sangat menyegarkan. Kandungannya termasuklah sodium, potasium, serat diet, karbohidrat, kalsium, protein, zat besi, magnesium, vitamin A, B-6, B-12, C dan D.

 

 

Kelebihan Manggis Untuk Kesihatan

  1. Kaya Dengan Vitamin C

Hanya sebiji manggis mampu memenuhi keperluan vitamin C anda untuk sehari. Vitamin C penting untuk kulit yang sihat melawan bakteria berjangkit dan kuman serta memperkuatkan sistem imuniti badan. Antioksidan ini meningkatkan kekebalan imuniti dan melawan radikal bebas.

 

  1. Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Potasium dan zat tembaga adalah sumber terbaik untuk mengawal tekanan darah. Potasium juga mampu merawat penyakit akibat tekanan darah tinggi seperti hipertensi, penyakit kardiovaskular dan gejala berkaitan strok.

 

  1. Menggalakkan Penghasilan Sel Darah Merah

Manggis ialah sumber semulajadi yang selamat kepada mereka yang kekurangan darah. Kandungan manggis didapati mampu menggalakkan penghasilan sel darah merah. Ia juga menambah baik aliran saluran darah sekaligus mencegah strok serta menyeimbangkan tahap kolestrol yang sihat.

 

  1. Menyembuh Masalah Alergi

Alergi adalah penyakit kekal dan ekstrak ethanol dalam manggis dapat mengurangkan kesan alergi serta merawat keradangan. Ia termasuklah penyakit resdung dimana ia mampu melegakan ketidakselesaan akibat keradangan resdung.

 

  1. Mempunyai Komponen Anti-Kanser

 

Bahan polyphenol digelar Xanthones dapat dijumpai dalam manggis dan komponen ini dipercayai mampu menghentikan pertumbuhan tumor dan bertindak melawan sel kanser. Namun kajian ini berkesan diperingkat percubaan dan belum dicuba keatas manusia.

 

 

Banyak lagi kelebihan ratu buah ini seperti membantu menyembuhkan ulcer mulut, gastrik, kencing manis dan bengkak usus. Manggis juga dikategorikan sebagai ‘superfruit’ kerana manfaatnya yang begitu banyak. Jika anda mahukan khasiat Manggis dalam hidupan harian anda, kami mencadangkan pengamalan Jus BerQah yang mempunyai khasiat manggis serta 10 bahan yang lain seperti durian belanda dan bidara.

 

 

Rujukan:

  1. http://meridian103.com/issue-7/flora-and-fauna/
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/29747432
  3. https://www.naturalfoodseries.com/11-benefits-mangosteen/
  4. https://www.invitehealth.com/mangosteen-xanthones-help-with-allergies-inflammation/radio/2005/10/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}