Manfaat Kesihatan Bila Anda Bercinta

Bercinta sememangnya indah dan manusia normanya amat memerlukan hubungan dan perasaan dimiliki seseorang. Love is powerful, walaupun ada yang mempunyai pengalaman perit dan kemurungan akibat putus cinta, hubungan yang stabil dan romantik sebenarnya memberikan manfaat kesihatan yang pelbagai buat anda.

 

 

Kesihatan Tubuh Badan Yang Lebih Baik

Kajian mendapati mereka yang sudah berkahwin kurang jatuh sakit berbanding mereka yang bujang. Ya, mereka tetap akan sakit namun tempoh sakit berkurangan kerana saintis percaya sokongan sosial dan sistem biologikal mereka yang berpasangan lebih baik.

Hubungan yang baik juga membantu manusia menjaga diri mereka dengan lebih baik. Pasangan anda yang menyayangi diri anda akan sentiasa mengingatkan anda agar tidak melakukan tabiat tidak sihat yang mengurangkan risiko-risiko penyakit.

 

Kemurungan dan Penggunaan Dadah Dapat Dielakkan

Apabila anda berasa terasing secara sosialnya akan meningkatkan risiko kemurungan. Namun apabila anda mempunyai pasangan dan hubungan percintaan yang sihat ia mengurangkan kemurungan baik buat lelaki dan wanita.

Perkahwinan juga menahan diri dari penggunaan dadah serta alkohol.

 

Mengurangkan Tekanan Darah

Sebuah kajian mendapati mereka yang mempunyai hubungan perkahwinan yang memuaskan mendahului kedudukan tekanan darah paling stabil. Kedua ialah golongan bujang manakala mereka yang mempunyai perkahwinan yang buruk mempunyai tekanan darah paling teruk.

Kualiti hubungan memainkan peranan penting. Jadi pastikan anda sentiasa berkomunikasi secara sihat dengan pasangan anda manakala bagi mereka yang bujang pastikan anda mempunyai hubungan sosial yang sihat.

 

Menahan Sakit Dengan Lebih Efektif

Kajian mendapati cinta membantu manusia mengawal reaksi kesakitan mereka dengan lebih efektif. Malah pasangan berkahwin juga lebih kurang mengadu sakit kepala dan sakit belakang.

Sebuah kajian melibatkan 16 wanita yang sudah berkahwin mendapati selepas mereka di kenakan injaksi elektrik beliau dibenarkan memegang tangan suami mereka. Hasilnya mendapati bahagian otak yang dikaitkan dengan stres menjadi kurang aktif. Manusia mengatasi cabaran dengan lebih baik apabila mereka mempunyai sokongan daripada orang yang mereka cintai.

 

Antara manfaat kesihatan yang lain ialah:

- Jangka hayat lebih panjang

- Kehidupan yang lebih gembira

- Kurang risiko strok

- Lebih tenang

 

Rujukan:

  1. https://www.naturalhealers.com/holistic-health/health-benefits-love/
  2. https://www.webmd.com/sex-relationships/features/health-benefits#1
  3. https://hellodoktor.com/healthy-living/sex-relationship/surprising-health-benefits-love/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}