Mana Lebih Baik? Mandi Air Panas atau Sejuk?

Mana Lebih Baik? Mandi Air Panas atau Sejuk?

Tak ramai yang gemar atau tahan mandi air sejuk di waktu pagi. Disebabkan itulah kebanyakan rumah kini dilengkapi dengan alat pemanas air. Mandi air panas atau suam di waktu pagi juga dapat memberikan kesegaran dan keselesaan. Namun sebenarnya tidak kira mandi air panas atau sejuk,kedua-duanya memberi kelebihan dan kekurangan kepada tubuh kita.

Kelebihan Mandi Air Sejuk

1.     Memperbaiki aliran darah

Salur darah pada permukaan kulit akan menjadi lebih kecil jika terdedah kepada air sejuk. Akibatnya laluan aliran darah akan menjauh daripada permukaan kulit. Hal ini menjadikan saluran darah dalam tisu badan menjadi lebih besar dan dapat membantu memperbaiki sirkulasi darah dalam tisu yang lebih dalam.

 

2.     Merendahkan tahap kortisol

Menurut para penyelidik, tahap kortisol boleh menurun ketika seseorang itu mandi air sejuk. Kortisol merupakan sejenis hormon yang dilepaskan oleh badan ketika kita stres. Dengan merendahkan tahap kortisol dalam darah, stress juga boleh dikurangkan.

 

3.     Mengurangkan keletihan dan lenguh-lenguh

Sebuah kajian telah dilakukan untuk membandingkan prestasi fizikal di kalangan atlet yang telah terdedah kepada air sejuk dan air suam. Hasilnya, kelenguhan dan keletihan dilihat berkurangan di kalangan atlet yang terdedah kepada air sejuk.

 

Keburukan mandi air sejuk

Jika anda berada dalam persekitaran yang sejuk, mandi air sejuk bukan pilihan yang tepat. Mandi air sejuk juga tidak sesuai jika anda sakit. Ini adalah kerana suhu yang sejuk menyukarkan sistem imun tubuh badan kita.

Kelebihan mandi air panas

1.     Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Sebuah kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa mandi air panas dapat membantu memperbaiki aliran darah bagi mereka yang menghidap kegagalan jantung yang kronik. Ini disebabkan oleh salur darah yang melebar ketika terdedah kepada suhu yang tinggi.

2.     Memperbaiki kesihatan otot dan sendi

National Heart,Lung and Blood Institute menyarankan mandi air suam atau panas sebelum tidur untuk memperbaiki kualiti tidur.

3. Memberikan kelegaan daripada simptom pernafasan dan selesema

Suhu panas daripada air mandian wap stim boleh membantu perkara-perkara seperti:

  • Membuka laluan pernafasan
  • Memudahkan kahak untuk keluar
  • Membersihkan saluran hidung    

Keburukan mandi air panas

Mandi air panas boleh menyebabkan berlakunya iritasi dan mengeringkan kulit. Ia boleh menjadi buruk terutamanya jika anda mengalami ekzema. Air panas juga boleh menyebabkan kegatalan.

 

Kesimpulannya, apa pun pilihan anda, pastikan ia bersesuaian dengan keadaan anda ketika itu. Yang penting, rajin-rajinlah mandi terutamanya jika anda baru pulang dari luar!

 

Sumber:

https://www.healthline.com/health/cold-shower-vs-hot-shower#1

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published