Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres – MyLustre.com

Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres

Ada banyak kesan buruk akibat stres yang keterlaluan. Antaranya boleh menghakis memori, mengurangkan tenaga,  melemahkan sistem imun, mengurangkan tumpuan, mengganggu ‘mood’ dan juga boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita. Namun stress boleh dielakkan dengan pengamalan diet yang seimbang. Jika diet yang seimbang diamalkan, kesihatan mental dan fizikal yang baik juga dapat dikekalkan.

Antara makanan yang dapat membantu bagi mengurangkan stres adalah:

Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut

Kaya dengan magnesium, zink, Vitamin B2 dan Vitamin E. Vitamin B2 membantu dalam rembesan serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa gembira manakala Zink pula adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres. Vitamin E pula berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.

 

Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat

Mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena

Bahan yang mengandungi antioksidan dapat membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin E yang baik adalah seperti buah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu. Jambu batu, brokoli dan oren pula merupakan sumber Vitamin C yang baik.

Kesimpulannya, diet yang seimbang dapat membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres. Jadi, amalkan makanan di atas jika anda stres ya!

 

Sumber

  • Less Stres oleh Dr Julian Melgosa

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}