Makanan Untuk Kecantikan

Khasiat buah-buahan dan sayuran bagi kesihatan tubuh dan kecantikan bukan lagi rahsia. Kajian epidemiologi* telah membuktian bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh meningkatkan kesihatan kulit dan mengurangkan risiko kanser kulit. Pada asasnya hampir semua jenis sayuran dan buah-buahan bermanfaat bagi kesihatan tubuh dan kecantikan. (1)

Namun di sini kami cuba bantu anda dengan menyenaraikan beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang sememangnya bagus untuk kulit anda! Semoga anda mendapat manfaat daripadanya!

Sayur-sayuran hijau

 

Dalam sebuah kajian terhadap penduduk Itali, pengambilan tinggi (sekurang-kurangnya 3 kali seminggu) sayur-sayuran berdaun hijau gelap dikatakan boleh mengurangkan kehadiran bintik-bintik pada wajah dan mengurangkan selaran matahari terutamanya di kalangan kanak-kanak. (1)

Ubi bit

Antara punca kulit kusam dan berjerawat adalah kerana darah yang kotor. Tabiat minum jus ubi bit secara teratur dapat membersihkan darah kotor dari dalam, membuang racun dan air yang lebih dari tubuh, memperbaharui sel kulit yang rosak, dan memberikan nutrisi sehingga kulit tampil bercahaya dan sihat.

Mengandungi antioksidan yang kuat, jus ubi bit juga boleh melindungi kulit daripada tanda penuaan. Likopen yang ada dalam jus ubi bit juga berupaya melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Nak awet muda? Minumlah jus ubi bit! (2)

 Avokado

Avokado mengandungi banyak lemak sihat dan vitamin E yang sangat baik untuk kulit. Jika anda makan avokado secara teratur, masalah kulit seperti bintik-bintik hitam, kedutan dan bekas jerawat dapat diperbaiki. (2)

Strawberi

Buah strawberi mengandungi banyak nutrisi penting seperti vitamin A, vitamin C, vitamin E, mineral dan protein yang diperlukan untuk kulit dan kecantikan wajah kita. Ia boleh membantu menyelesaikan masalah kulit kusam, kulit berminyak dan juga kulit berjerawat. (2)

Jika anda seorang yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit, segeralah penuhkan peti ais anda dengan makanan-makanan di atas!

Glosari:

*Epidemiologi: kajian tentang penyakit epidemik

 

Rujukan:

(1) ncbi.nlm.nih.gov

(2) msn.com


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}