Makanan Pedas: Bagus atau Memudaratkan?

Dalam sebuah tinjauan yang dilakukan oleh Public Health Malaysia, 21% daripada netizen berpendapat makanan pedas baik untuk kesihatan manakala selebihnya pula merasakan yang makanan pedas boleh memudaratkan kesihatan.

Sebenarnya makanan pedas mengandungi bahan yang dinamakan Capsaicin dan ia sungguh baik dan bermanfaat untuk kesihatan.

Pernah tak anda tertanya-tanya adakah makanan pedas boleh mengakibatkan ulser perut dan juga buasir? Jawapannya cili sebenarnya tidak menyebab ulser atau luka di perut. Sebaliknya ia berfungsi sebagai pelindung. Capsaicin berfungsi menyekat rembesan asid, merangsang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran darah dalam perut sekaligus melindungi lapisan dalam perut daripada terluka.

Cili juga tidak memberi kesan kepada masalah buasir. Namun bagi yang mempunyai luka di dubur perlu berhati-hati kerana makanan pedas boleh menyebabkan luka tersebut jadi pedih.

Perlu diingat setiap makanan jika diambil berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan. Begitu juga dengan makanan pedas, jika diambil berlebihan boleh menyebabkan:

Masalah penghadaman:

Walaupun cili tidak boleh menyebabkan ulser perut, sesetengah orang mungkin akan sakit perut jika makan pedas berlebihan. Selain itu ia juga boleh mengakibatkan makanan tidak hadam dan sindrom irritable bowel. Jadi bagi sesiapa yang sering sakit perut ketika makan makanan pedas, sila berhati-hati.

Mencederakan saluran pemakanan dan rongga mulut:

Jika anda banyak menghabiskan masa di media sosial anda pasti pernah menonton video seorang selebriti You Tube dan peserta yang makan cili dalam kuantiti berlebihan. Akibatnya peserta tersebut muntah sehingga esofagusnya terkoyak manakala selebriti itu pula meracau dan pengsan sehingga perlu diberi bantuan kecemasan.

Kesimpulannya, walaupun cili mempunya beberapa manfaat, anda dinasihatkan agar tidak mengambilnya dalam kuantiti yang melampau. Untuk makluman, khasiat cili yang dipaparkan tidak termasuk makanan yang diproses seperti serbuk perasa cili dan juga sos cili.

 

 

Sumber: Laman Facebook Public Health Malaysia


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}