Makanan Darat dan Laut: Bolehkah Dimakan Sekali?

Pernah tak anda mendengar ayat seperti “Nabi tak campurkan daging dengan ikan” atau “jangan campur ikan dengan telur, Nabi tak pernah buat”. Mungkin ia pernah terlintas di telinga anda bukan.

Kekeliruan sering berlaku tentang isu ini apabila ramai dikalangan masyarakat percaya mencampurkan makanan darat dan laut sekali akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita. Ianya tidak benar sama sekali.

Dari segi perspektif Islam melalui penjelasan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ialah TIADA sebarang ayat al-Quran ataupun hadith Nabi SAW melarang menggabungkan makanan laut dan darat ketika makan (1). Malah ayat yang dipetik daripada laman web itu menyebut “jika ilmu sains membuktikan bahawa dengan mencampurkan antara makanan darat dan laut akan menyebabkan mudharat maka ia perlulah dijauhi”.

 

Penjelasan Saintifik

Tiada sebarang kajian dijumpai yang menyatakan ia memudaratkan. Terdapat satu teori yang mengatakan bahawa makanan darat seperti ayam dan daging mengandungi ion positif (2). Manakala, dalam makanan laut seperti ikan dan udang mengandungi ion negatif (3). Apabila ia bergabung akan mengakibatkan reaksi biokimia dan merosakkan perut.

Perlu diketahui bahawa pencampuran ion negatif dan positif sebenarnya tidak menyebabkan apa-apa reaksi kimia ataupun merosakkan dinding usus. Ini kerana ion negatif dan positif apabila bergabung ia akan meneutralkan satu sama lain. Sebagai contoh larutan asid yang mengandungi ion hydrogen (H+) iaitu ion positif dan juga alkali yang mempunyai ion hidroksida(OH-) iaitu ion negatif apabila dicampurkan akan menjadi larutan garam yang neutral (4).

 

Kesimpulan

Berdasarkan kedua-dua perspektif agama dan saintifik tiada sebarang bukti mengatakan mencampurkan makanan laut dan darat adalah memudaratkan. Begitupun, hikmah yang boleh diambil ialah tabiat pemakanan iaitu tidak makan terlalu banyak. Tabiat menghidang makanan daripada satu jenis sahaja mampu mengelakkan pembaziran.

Jadi beringatlah bahawa makan secara campur itu tiada masalah, makan terlalu banyak sahaja yang akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit!

 

Rujukan:

  1. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2287-irsyad-al-hadith-siri-ke-247-campur-makanan-laut-dan-darat
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16456804
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/30716913
  4. https://www.facebook.com/thediagnosa

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}