Makan Ulam Rahsia Kesihatan Turun-Temurun

Kebanyakan daripada anda tentu ada saudara atau datuk dan nenek yang masih sihat, mata cerah dan bertenaga walapun sudah berumur kan. Hairan bagaimana mereka boleh kekal sihat walaupun sudah berumur. Apakah rahsia mereka? Ia mungkin berkait rapat dengan pemakanan mereka sejak muda yang kita tahu terdiri dari pelbagai jenis sayuran dan ulam-ulaman yang berkhasiat.

Pada zaman ini kita sering terperangkap dalam kesibukan hidup. Kadang-kala tidak sempat hendak menyediakan hidangan berasaskan sayur-sayuran terutamanya bagi para ibu. Apa kata anda jadikan ulam sebagai menu ekspres anda kerana ia mudah, sihat dan tak perlu dimasak melainkan direbus sebentar. Lebih enak jika ada sambal belacan!

 

Khasiat Ulam Kepada Tubuh Badan

Ulam-ulaman seperti ulam raja, petai, kacang botol dan lain-lain sedap dimakan bersama nasi. Malah ulam juga boleh dijadikan minuman kesihatan seperti ulam pegaga dan timun jepun (4). Kehebatan makanan tradisional ini kerana ia menyentuh pelbagai aspek kesihatan.

Sebagai contoh ulam pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dapat membantu peredaran darah (1). Ulam raja yang hanya perlu dibasuh dan boleh dimakan terus pula dikatakan berkesan untuk meremajakan kulit dan awet muda (2).

Manakala pucuk paku meningkatkan daya penglihatan begitu juga petai, jantung pisang dan timun jepun masing-masing elok untuk mengatasi masalah penghadaman seperti sembelit dan gastrik (1). Rebung yang enak dimasak lemak sangat berkhasiat untuk detoksifikasi badan dan menurunkan kolestrol (3). Pelbagai jenis ulam boleh didapati dan setiap satu mempunyai 1001 khasiat tersendiri.

 

Amalkan Ulam-Ulaman Setiap Hari

Makan ulam-ulaman setiap hari bagus untuk kesihatan keseluruhan anda. Berbanding masyarakat dahulu, generasi muda kini kurang gemar makan ulam (3).

Ini kerana mereka banyak didedahkan dengan makanan segera yang dirasakan lebih mudah diperolehi dan manis. Jadi apakata anda cabar anak-anak anda untuk makan ulam agar mereka gemar dan kekal mengamalkan ulaman dalam pemakanan mereka. Jom sihat dengan ulam yang terbukti berkhasiat secara turun temurun!

 

 

Rujukan:

  1. http://www.ukm.my/monline/khasiat-ulam-ulaman.html
  2. https://www.thevocket.com/mahu-awet-muda-ulam/
  3. https://www.uitm.edu.my/index.php/ms/uitm-news-hub-bm/cssr-2016/270-khasiat-ulam
  4. Harian Metro “Ulam Menu Wajib Setiap Hari”-7 Mac 2018

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}