Maitake: Antara Cendawan Terbaik Di Dunia

Taip sahaja Maitake di google pasti anda akan mendapat ribuan carian yang menceritakan manfaat kesihatan Maitake ini.

Apa Maitake ini? Sushi ke? Bukan, tetapi ia adalah sejenis cendawan bermaksud ‘cendawan menari’ dalam bahasa Jepun, mendapat namanya melalui kisah lagenda dimana peneroka Jepun menjumpai cendawan ini di dasar sebuah pokok. Apabila mereka mengetahui akan kebaikan dan kesedapan cendawan ini, mereka menari bersama-sama bagi meraikan penemuan mengembirakan ini.

Lain pula nama di Amerika Syarikat. Ia digelar ‘Hen of the Woods’ dek kerana bentuknya yang dah macam bulu-bulu ayam yang mengembang jika ayam itu marah. Haa macam itu lah perumpamaannya. Walau apa pun nama yang digelar, saintis mengakui cendawan ini merupakan salah satu cendawan dan makanan paling berkhasiat di dunia terutama dalam memperkuatkan sistem imuniti manusia.

 

Manfaat Kesihatan Maitake

Berbanding cendawan lain, cendawan Maitake menunjukkan kesan paling baik dalam mencegah dan merawat masalah kesihatan malahan kanser. Cendawan Maitake kaya dengan:

  • Antioksidan
  • Beta-glucans
  • Vitamin B dan C
  • Zat besi
  • Potassium
  • Serat

Bukan itu sahaja, cendawan Maitake juga:

  • Bebas lemak
  • Rendah sodium
  • Rendah kalori
  • Bebas kolestrol

Beberapa siri kajian telah dilakukan bagi mengetahui kebaikan cendawan ini. Antara kajian tersebut dijalankan oleh Eliana Noelia Alonso dan rakan penyelidik mendapati D-Fraction terdapat dalam Maitake mampu berfungsi dalam mencegah dan merawat kanser payudara.

Mereka berpendapat ia mampu melawan pertumbuhan dan penghasilan semula sel kanser tersebut. Ia masih diperingkat kajian tikus makmal namun dipercayai mempunyai potensi besar.

 

Memperkuatkan Sistem Imuniti

Cendawan Maitake mempunyai beta-glucans aktif yang kuat. Beta-glucans adalah kunci utama bagi proses imunomodulator. Apa pula imunomodulator ni? Barang wiring elektrik ke?

Imunomodulator ini ialah proses dalam badan kita dimana ia meningkatkan, menstabilkan, atau mengurangkan fungsi sistem imun anda bergantung kepada keadaan yang memerlukan. Contohnya, merangsang sistem imun diperlukan oleh anda apabila jangkitan virus atau bakteria muncul dalam badan.

Polysaccharides terdapat dalam cendawan Maitake juga berfungsi meningkatkan aktiviti sel imun anda seperti sel T dan sel B, macrophages dan pembunuh sel jahat semulajadi dalam badan. Disebabkan itu lah Maitake sangat bagus jika dimakan apabila anda sedang jatuh sakit atau ketika musim flu atau influenza.

 

Konklusi

Cendawan premium ini selamat untuk dimakan oleh sesiapa sahaja dan tiada informasi tentang kesan buruk cendawan ini melainkan anda mempunyai alahan kepada cendawan Maitake. Sebaiknya anda meminta nasihat doktor anda jika anda mahu masukkan ia dalam diet anda.

Nak cara lebih mudah untuk mendapatkan khasiat cendawan Maitake ini?

Amalkan penggunaan suplemen berasaskan Maitake dalam kehidupan seharian anda. Suplemen Maitake daripada MyLustre, BODIGARD BETA GLUCAN & MAITAKE merupakan makanan tambahan diformulasi khas bagi membantu anda menguatkan sistem imun secara semula jadi.

Tempah di www.mylustre.com atau hubungi +65 6275 4123 untuk info lanjut.

 

 

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/health/food-nutrition/maitake-mushroom#how-to-use
  2. https://www.liebertpub.com/doi/abs/10.1089/jmf.2012.0222
  3. https://wildfoodism.com/2014/09/29/5-unique-health-benefits-of-the-maitake-mushroom/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}