Madu : Khasiatnya Terbukti Melalui Kajian Saintifik!

MADU telah digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia turut digunakan sebagai pewarna, agen pemanis, perasa, dan penambah kelikatan dalam produk makanan. Madu juga disebut dalam al-Quran sebagai makanan ahli syurga dan ia turut mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.(2)

Antara kegunaan madu ialah untuk mempercepatkan penyembuhan dan mengurangi kesan parut, perawatan luka, membantu mempertahankan kelembapan kulit, menjaga tubuh dari serangan radikal bebas dan menurunkan glukosa darah.

Berikut adalah hasil kajian beberapa universiti luar negara berkenaan madu:

(1) Universiti Zagreb di Croatia : Madu lebah kaya dengan bahan antioksidan yang         berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel             badan bertukar kepada kanser. Penemuan ini dimuatkan dalam Journal of the           Science of Food and Agriculture

(2) Universiti Memphis di Tennessee: Madu lebah berupaya mengawal kadar                 hormon kortisol di tahap rendah untuk meningkatkan lagi daya kekuatan otot.           Memang sesuai untuk para atlet.

(3) Universiti Waikato, New Zealand : Madu lebah mampu membunuh pelbagai             jenis kuman sama ada daripada jenis bakteria, fungus atau protozoa.

(4) University of Wales Institute Cardiff (UWIC): Madu lebah berfungsi sebagai               antibiotik di mana ia mampu menembusi sistem pertahanan kuman sekaligus           mencegah jangkitan dan pembiakan kuman.

Ini bermakna madu sememangnya terbukti khasiat dan keberkesanannya! Amalkanlah madu untuk sedikit kemanisan setiap hari dalam hidup anda!

 Rujukan:

 (1) http://www.myhealth.gov.my

(2) bharian.com.my

(3) Dr Nur Huda Faujan dan Prof Madya Dr Zaiton Hassan (Program Bioteknologi       Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia)

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}