Lindungi Diri Daripada Jangkitan Selesema dengan 4 Langkah Ini!

Lindungi Diri Daripada Jangkitan Selesema dengan 4 Langkah Ini!

Virus selesema sememangnya mudah merebak. Ia merebak melalui bersin, batuk dan juga sentuhan secara langsung. Namun ada beberapa cara untuk anda berwaspada dan mengelakkan diri daripada terkena virus ini.

1)Gunakan air suam dan sabun berbanding hand sanitiser.

Antara etika ketika batuk dan bersin ialah menutup mulut dan kebanyakan daripada kita akan menggunakan tangan untuk menutup mulut. Ini bermaksud virus tersebut akan berada pada tangan kita dan jika tidak bersentuhan dengan sesiapa dalam tempoh 10 hingga 15 minit, virus tersebut akan mati. Namun jika anda memulas tombol pintu misalnya, virus itu akan hidup selama 24 jam. Oleh itu sememangnya penting untuk seseorang membersihkan tangan selepas batuk atau bersin.

Penggunaan hand sanitiser sekalipun kurang berkesan dalam membunuh kuman selesema berbanding penggunaan air suam beserta sabun. Hal ini terbukti melalui sebuah kajian yang dijalankan oleh Hirose et al pada tahun 2019. Hasil kajian menyatakan virus selesema masih boleh tersebar jika seseorang menggunakan hand sanitiser berbanding air suam dan sabun.

Untuk pengetahuan anda, gel hand sanitiser memerlukan 4 minit untuk membasmi virus selesema berbanding penggunaan air suam dan sabun iaitu hanya 30 saat untuk membasmi virus tersebut. Pendek kata, jika anda menutup mulut menggunakan tangan, pastikan anda segera membasuh tangan dan jangan sentuh apa-apa dalam tempoh 20 minit.

 

2)Menjauhi individu bersin sejauh 2 meteri

Anda perlu bergerak kira-kira 2 meter daripada individu yang bersin, kata seorang Professor Universiti Oxford. Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan kerana partikel virus boleh hidup di udara selama beberapa jam. Lebih-lebih lagi dalam suhu persekitaran yang rendah. Anda juga boleh mengamalkan cara ini iaitu cuba hembus keluar udara menggunakan hidung selama 10 saat ketika seseorang bersin sambil menjarakkan diri sejauh 2 meter. Galakkan individu tersebut untuk memakai topeng muka bagi merendahkan kemungkin orang lain dijangkiti virus selesema.

Jika ahli keluarga anda terkena jangkitan selesema, galakkan mereka berehat dalam bilik dalam tempoh 2 hingga 3 hari. Begitu juga dengan pasangan anda. Seeloknya tidur di bilik berlainan jika anda tidak mahu terkena jangkitan. Ini adalah kerana cadar,bantal dan tilam adalah merupakan sarang virus tersebut.

 

3)Tidur awal dan cukup sekurang-kurangnya 7 jam.

Tidur sememangnya penting untuk seseorang individu mengekalkan kesihatan pada tahap optimum. Jika anda menghidap selesema, anda digalakkan untuk tidur.

Pada tahun 2017, hasil kajian oleh Daniel et al mendapati mereka yang mengalami insomnia mempunyai ketahanan imuniti rendah berbanding mereka yang cukup tidur.

Sebuah kajian pada tahun 2019 juga mempunyai hasil yang sama. Hasil kajian mendapati vaksin selesema lebih berkesan di kalangan individu yang cukup tidur. Menurut Professor Openshaw, pensyarah daripada Kolej Imperial London, terdapat bukti menunjukkan sistem imun boleh dipengaruhi pola tidur. Sistem imun akan kuat jika tempoh tidur anda mencukupi.

4)Jangan berkongsi perlatan peribadi

Menurut Professor Openshaw lagi, lebih baik jika anda membawa peralatan sendiri ke tempat kerja. Elakkan berkongsi pen atau kalkulator misalnya dengan individu yang sedang selesema atau batuk. Ingat, virus selesema boleh hidup pada permukaan barangan sekurang-kurangnya 24 jam. Ini bermaksud peralatan seperti tombol pintu dan telefon pejabat merupakan antara sumber utama dalam proses penyebaran penyakit. Amalkan juga basuh tangan secara kerap sebelum menyentuh muka atau makan.

 

Kesimpulannya walaupun selesema tidak serius namun ia boleh mempengaruhi produktiviti anda. Jika anda mendapat selesema, berehatlah di rumah dan dapatkan rawatan di klinik berhampiran.

 

 

Sumber: https://www.dailymail.co.uk/health/article-7798979/How-stop-flu-tracks-winter-standing-6ft-away-sneezes.html

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published