Lihat Warna, Ketahui Nutrisinya

Sayur dan buah-buahan adalah ‘superfood’ yang memberi banyak manfaat buat kesihatan manusia. Keajaiban dalam sumber makanan dicipta Allah S.W.T buat hambanya sungguh hebat sekali. Tahukah anda warna pada sayur dan buah itu sendiri telah memberi gambaran kepada jenis nutrisi yang terkandung di dalamnya.

 

Mempelbagaikan jenis warna sayuran dan buah dalam pemakanan adalah sama penting dengan jumlah kuantiti konsumsi sayur dan buah. Karin Hosenfeld, pakar diet di Dallas, Amerika Syarikat berkata "Kita tahu warna paling cerah dalam sayur dan buah mengandungi nutrisi paling tinggi.” "Makan berbagai jenis warna memastikan anda mendapat kesemua manfaat yang ada daripada semua jenis warna tersebut,” tambah beliau (1).

 

Jadi apakah kandungan nutrisi bagi setiap kategori warna mereka?

 

HIJAU

Sayuran hijau mempunyai sejumlah Phytochemicals termasuklah Carotenoids, Indoles dan Saponin, kesemuanya terdapat kandungan anti-kanser (2). Sayuran berdaun hijau seperti brokoli dan bayam pula kaya dengan Folate sesuai buat ibu mengandung. Hijau juga mengandungi jumlah Vitamin A dan Kalsium. Namun kepada mereka yang mengambil ubat mencairkan darah anda tidak digalakkan makan sayuran hijau kerana ia sarat dengan Vitamin K (1).

 

MERAH

Mengandungi Lycopene, sebuah antioksidan yang kuat dan mampu mengurangkan risiko kanser dan menjaga kesihatan jantung. Tomato dan buah tembikai adalah contoh makanan merah terbaik untuk diamalkan dalam diet pemakanan seorang lelaki. Para lelaki boleh mengelakkan risiko Kanser Prostat dengan memperbanyakkan pengambilan buah tomato atau sos berasaskan tomato. Buah tembikai juga baik untuk para lelaki untuk meningkatkan kadar ereksi serta menyembuhkan mereka yang mempunyai masalah mati pucuk (3).

 

UNGGU/BIRU

Mengandungi Phytonutrients termasuk Anthocyanin dan Resveratol (2), juga mempunyai antioksidan yang melindungi daripada kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser, strok, simptom jantung dan Anti-Umur (kecantikan). Unggu dan biru juga merawat gejala stress, disebabkan itu lah kita kerap menonton babak seseorang yang bersenang lenang sambil menikmati anggur.

 

OREN/KUNING

Mengandungi Carotenoids yang menyerlahkan warna tersebut. Betacarotene terdapat di dalam buah labu, lobak dan kentang dimana ia akan bertukar kepada Vitamin A yang mampu mengekalkan kesihatan Membrane mukosa (tisu kulit), kesihatan mata, malah melawan kanser. Umum mengetahui buah oren kaya dengan Vitamin C namun buah betik, mangga dan pic juga mengandungi vitamin tersebut (1).

 

Melalui pengetahuan ini lebih mudah untuk anda memilih sayur-sayuran atau buah-buahan mengikut keperluan nutrisi anda bukan. Semoga ilmu ini bermanfaat dan selamat beramal!

 

Rujukan:

  1. http://www.diabetesforecast.org
  2. https://foodrevolution.org
  3. https://nutritionfacts.org

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}