Lavender: Kegunaan dan Khasiatnya

Lavender (Officinalis lavandula) merupakan pohon renek yang mempunyai bunga berwarna biru keunguan (1). Tumbuhan ini berasal dari Perancis dan kebiasaannya ladang-ladang lavender gemar dikunjungi kerana keindahan pemandangannya. Selain cantik dipandang, lavender yang diproses menjadi pati turut mempunyai banyak khasiat dan kegunaan yang bermanfaat.

Kegunaan dan khasiat pati lavender

Pati atau minyak lavender digunakan untuk merawat asma, selsema, mulut berbau, laringitis*, jangkitan tekak dan batuk kokol. Selain itu, ia juga membantu melegakan sakit perut, loya, muntah dan kembung (sistem penghadaman). (1)

Minyak lavender juga telah lama digunakan dalam pengeluaran minyak wangi dan aromaterapi. Aroma daripada lavender memberi ketenangan dan mengurangkan perasaan bimbang dan tertekan. (2)

Ia juga boleh membantu melegakan sakit kepala. Minyak lavender yang dimasukkan ke dalam pengewap boleh membantu dalam rawatan batuk dan jangkitan pernafasan. (2)

Minyak lavender turut digunakan sebagai penghalau nyamuk apabila dipakai sebagai minyak wangi atau apabila ditambah kepada losyen atau produk rambut. (2)

Kesan sampingan

Sesetengah orang mungkin sensitif terhadap lavender dan antara kesan buruk ialah mengakibatkan sakit perut, sakit sendi dan juga sakit kepala. Kerengsaan kulit seperti kemerah-merahan  juga boleh berlaku. Jika anda mendapat simtom-simtom tersebut, segera hentikan penggunaan dan pergi ke klinik berhampiran untuk rawatan seterusnya. (1)

Glosari:

Laringitis: Keradangan pada larinks yang biasanya diikuti kekeringan dan kesakitan pada kerongkong, batuk dan kesukaran menelan.

Larinks: bahagian atas saluran dari rengkung ke paru-paru dan padanya terdapat peti suara.

Rujukan:

1) aroma.my

2) everydayhealth.com


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}