Lasagna Alfredo Berintikan Daging

Lasagna Alfredo Berintikan Daging

 

Bahan-bahan:

6 sudu besar mentega

6 sudu besar tepung gandum/ tepung serbaguna

2 ulas bawang putih, dicincang

4 cawan susu segar

1 ½ cawan parutan keju parmesan, dibahagikan

1 sudu kecil lada hitam

½ sudu kecil serbuk buah pala

1 sudu besar daun parsli, dicincang

Beef strip yang telah dimasak

Beberapa kepingan lasagna (mengikut acuan anda)

½ cawan parutan keju mozzarella

 

Cara-caranya:

1.Cairkan mentega dalam sebuah kuali dan masukkan bawang putih dan goreng hingga wangi. Kemudian masukkan tepung dan kacau sebati. Masak selama 2 minit kemudian tuang susu dan kacau sehingga menjadi sos putih (béchamel)

2. Didihkan sos sehingga menjadi sedikit pekat. Tambahkan 1 cawan keju parmesan, serbuk buah pala, lada hitam dan juga daun parsli. Kacau sehingga sebati dan menjadi pekat kemudian tepikan.

3. Sapukan lapisan sos béchamel yang nipis ke atas bekas lasagna. Kemudian letakkan dua kepingan lasagna diikuti dengan sos béchamel dan kepingan beef breakfast. Ulangi langkah dan pastikan lapisan atas sekali ialah sos béchamel.

4.Tabur keju parmesan dan mozzarella pada lapisan paling atas. Tutup bekas dengan kertas timah dan bakar selama 30 hingga 40 minit dengan suhu 180ºC. Buka kertas timah dan bakar lagi selama 5 atau hingga lapisan atas perang keemasan.

 5.Biarkan selama 10 minit kemudian potong dan hidangkan!

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published