Kurma Disebalik Sunnah dan Sains

Apabila Ramadan tiba, kurma pasti menjadi bahan utama dalam menu pemakanan umat Islam baik berbuka dan sahur. Kurma kerap disebut dalam hadis sebagai makanan menyihatkan dan mempunyai keberkatan. Ini membuatkan kita terfikir, dalam jutaan buah-buahan dicipta Allah SWT, terdapat beberapa nama buah sahaja direkomendasi Allah SWT melalui Rasulullah SAW dan buah kurma adalah salah satunya.

 

 

Apakah keistimewaan kurma disebalik Sunnah dan Sains?

Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Aishah r.a. menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma, maka dia akan dihindari daripada racun bahan makanan yang dimakannya.”

Benar sabda Rasulullah itu kerana mengikut penjelasan sains, kurma dapat membantu dalam perubatan berkaitan perut kerana ia mempunyai tenaga pembersihan dan estringen pada masalah usus untuk mengatasi masalah sembelit serta gangguan usus kronik (1).

 

 

Ia juga mempunyai kandungan antioksidan tertinggi antara buah kering seperti buah ara dan plum kering (2). Antioksidan ini bagus untuk sel melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan jangkitan dan penyakit.

Terdapat kisah sewaktu Siti Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma, malaikat Jibrail menyuruh Mariam memakan kurma bagi memudahkan kelahiran.

 

 

Ketepatan kisah ini begitu mengagumkan kerana kajian Universiti Sains dan Teknologi Jordan pada 2007 mendapati wanita yang makan 6 kurma sehari adalah 20% lebih cenderung untuk bersalin secara semulajadi dan mengambil masa bersalin kurang dari mereka yang tidak memakannya (2). Banyak lagi kajian saintifik yang menyokong kebenaran kisah tersebut.

 

Makanan Paling Sesuai Untuk Berbuka dan Bersahur

Rasulullah SAW bersabda,

 “Jika salah seorang diantara kalian berbuka puasa maka makanlah buah kurma kerana ia mengandung keberkahan.” (HR Abu Daud).

Selepas hampir 13 jam berpuasa, kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi termasuklah kalori, protein, fiber, karbohidrat, potassium, magnesium, zat besi dan vitamin B6 (4) (5) yang mampu mengembalikan tenaga. Apabila badan menyerap segala nutrisi ini ia juga mampu mengelakkan diri daripada makan berlebihan ketika berbuka.

Kurma juga sesuai dimakan saat bersahur kerana kemampuan nutrisinya melambatkan rasa lapar. Sabda Rasulullah SAW,

“Tidak akan kelaparan rumah tangga seseorang yang memiliki kurma di dalamnya“. (HR  Muslim).

Maka menjalani hari berpuasa dengan jumlah nutrisi yang tinggi mampu mencergaskan badan malah hari puasa anda akan lebih produktif.

 

Rujukan:

  1. http://www.utusan.com.my/mega/agama/mengapa-berbuka-dengan-kurma-1.343518
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15670984
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21280989
  4. https://www.healthline.com/nutrition/benefits-of-dates
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18949591

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}