Kudis Api (Impetigo): Kanak-Kanak Paling Terdedah

Kanak-kanak lebih terdedah kepada kudis api atau dalam bahasa perubatannya Impetigo. Golongan umur ini lebih terdedah kerana mereka kerap bermain dengan benda serta di kawasan yang kotor. Kawasan badan yang sering terkena kudis api adalah di bahagian muka.

 

Kudis api ialah penyakit akibat daripada jangkitan bakteria dipanggil Staphylococcus areus. Mudah merebak pada kulit terutama jika anda sedang mengalami penyakit cacar air (chicken pox) atau kulit terluka dan melecet.

 

 

Bagaimana Kudis Api Berlaku

Terdapat dua jenis kudis api iaitu Nonbullous dan Bullos Impetigo. Nonbullous Impetigo tidak mempunyai kantung air/vesikal pada kudis (seperti chicken pox) manakala Bullos Impetigo menghasilkan kantung air.

Diantara dua jenis kudis api, 70% pesakit menghidap Nonbullous Impetigo. Beberapa perkara yang menyebabkan berlakunya jangkitan kudis api termasuklah:

  • Tabiat selalu menggaru. Sebab utama mengapa kanak-kanak lebih terdedah, kerana mereka menggaru muka walaupun tangan kotor.
  • Cacar air (Chicken Pox)
  • Ekzema
  • Kudis Buta
  • Luka
  • Gigitan Serangga
  • Jangkitan kulat pada kulit
  • Masalah sistem imuniti

 

Rawatan Dan Pencegahan Kudis Api

Untuk mengetahui anda terkena penyakit ini hanya perlu dilakukan pemeriksaan fizikal sahaja. Lihat ciri-ciri penyakit kulit tersebut. Jika Nonbullous Impetigo ia kebiasaannya akan bermula dengan kawasan kecil seterusnya semakin merebak. Ia akan bernanah, mengering dan berkerak serta mengeluarkan cecair berwarna kuning madu. Bullous Impetigo fizikalnya akan kelihatan kantung air dan ia akan pecah seterusnya menjadi kering.

 

 

Jika tidak terlalu teruk, rawat dengan menggunakan krim atau ubat antibiotik. Selain itu amalkan juga enam perkara ini untuk mencegah kesan lebih teruk:

  • Elakkan daripada garu kawasan kudis api
  • Perlu selalu membasuh tangan
  • Jika tergaru di kawasan kudis, pesakit perlu terus membasuh tangan. Jika tidak pesakit akan memegang kawasan kulit yang lain dan menyebabkan ia lebih mudah merebak
  • Kawasan kudis perlu dibersihkan dengan air sebelum menyapu krim antibiotik padanya
  • Jika kudis itu masih tidak baik, bawa berjumpa doktor.
  • Amalkan penggunaan sabun mandi terdiri daripada bahan anti bakteria dan anti fungal semulajadi seperti minyak kelapa asli dan ekstrak kayu manis. Kedua-dua bahan ini boleh didapati dalam LUSTRE SHOWER FOAM keluaran MyLustre.

 

Rujukan:

  1. https://emedicine.medscape.com/article/965254-overview
  2. https://kidshealth.org/en/parents/impetigo.html
  3. https://thediagnosa.com/kudis-api-impetigo-punca-rawatan/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}