Kuat Melatah? Ketahui Info Tentang Sindrom Ini!

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, latah bermaksud penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain.

Melatah pula merujuk kepada perbuatan mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat dan sebagainya. Ia berlaku secara spontan kerana sudah tertanam di fikiran bawah sedar.

Melatah bukan di bawah kategori penyakit mental. Namun jika pada awalnya seseorang itu melatah secara berulang kali, lama-lama ia akan jadi kebiasaan dan tidak mampu dikawal lagi. Kebiasaannya pelatah akan diusik dan aksi latah mereka menjadi sebuah bentuk hiburan dalam sesebuah perjumpaan keluarga atau teman.

Pelatah selalunya akan penat selepas melatah dan mereka tidak akan ingat apa yang telah berlaku. Orang yang dalam keadaan sedar mampu mengawal pergerakan mereka namun tidak bagi si pelatah. Mereka bukan sahaja melakukan aksi di luar kawalan malah aksi yang melampau sebenarnya boleh membahayakan si pelatah dan orang sekeliling. Sebaiknya usahlah semakin diusik si pelatah. Anda boleh meredakan dan memenangkan si pelatah dengan cara menampar bahunya agar dia kembali tenang.

Menurut Lawrene Osborne, penulis buku American Normal: Hyperstartle Syndrome, jika warga Amerika Syarikat ramai yang menghidap anoreksia, orang Melayu pula ramai yang menghidap ‘penyakit’ latah .  Punca sebenar latah belum ditemui namun kumpulan perubatan percaya ia berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial.

Ia dikatakan boleh dipulihkan dengan pendekatan hipnoterapi dengan mengendalikan fikiran bawah sedar pelatah dengan mengubah tingkah laku refleksnya. Sindrom ini akan beransur hilang selepas beberapa sesi.

 

Rujukan:

  1. http://www.kosmo.com.my/kosmo
  2. myhealth.gov.my

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}