Kuasa Semulajadi Melur

Tahukah anda ruang tertutup seperti rumah anda juga boleh dicemari toksin yang digelar toksin dalaman (indoor toxin)? Tahap toksin dalaman yang tinggi boleh memberi tekanan dan keresahan kepada anda. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga persekitaran daripada dicemari toksin. Bagi mengelakkan hal ini berlaku ada yang meletakkan mesin pembersih udara di rumah. Namun bagi anda yang lebih percaya kepada ‘kuasa’ alam semulajadi, anda boleh meletakkan bunga melur kerana ia berupaya membersihkan udara yang anda hirup sehari-hari.

Selain itu bunga melur juga boleh mengurangkan tekanan dan juga keresahan. Sebuah kajian makmal telah membuktikan aroma bunga melur dan pati minyaknya berjaya menenangkan seekor tikus yang diletakkan dalam sebuah sangkar. Aroma daripada bunga melur telah membuatkan tikus tersebut duduk diam di suatu sudut sangkar tersebut. Imbasan otak turut dilakukan dan mendedahkan kesan aroma bunga melur. Ia membantu melegakan keresahan dan meningkatkan kualiti rehat.

Sebuah e-jurnal yang bertajuk Journal of Biological Chemistry telah diterbitkan oleh Profesor Hanns Hatt. Ia boleh dilihat sebagai bukti asas saintifik untuk aromaterapi.Pendek kata, para saintis telah menyimpulkan bahawa aroma bunga melur berupaya meningkatkan kesan lima kali ganda berbanding wangian lain dan lebih berkesan berbanding ubat tidur, sedatif dan ubat anti-keresahan.

Jika anda mengalami insomnia dan sering dilanda kegelisahan, cubalah letakkan bunga melur terutamanya dalam bilik tidur anda dan rasailah perbezaannya!

 

Rujukan:

1) anyavien.com

2) Journal of Biological Chemistry

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}