Khasiat dan Resipi Pucuk Ubi Ini Pasti Buat Anda Terliur!

Pucuk ubi merupakan 100% sayuran organik kerana pokok ubi kayu boleh ditanam hampir di semua tempat tanpa memerlukan penjagaan yang khusus. Ia tidak perlu dibaja atau disembur racun sekalipun. Bukan sahaja murah dan mudah didapati, pucuk ubi juga tinggi khasiatnya. Ia mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan.

Protein sayuran yang terkandung dalam daun ubi kayu merupakan komponen sistem enzim dan berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan. Kandungan asid amino dalam dedaun hijaunya pula berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.

Oleh sebab itu ia menjadi antara makanan yang sesuai untuk menurunkan berat badan selain dapat mengatasi masalah sistem penghadaman dan sembelit. Biasanya dalam menu diet pasti ada sayur pucuk ubi kayu.

Jadi kali ini sempena bulan puasa kami ingin berkongsikan resipi masak lemak pucuk ubi yang pastinya meliurkan!

kredit foto: http://resepisedap-nennie.blogspot.com

Bahan-bahan:

5 ikat pucuk ubi (ambil yang muda sahaja)
Santan
Segenggam cili padi
Segenggam ikan bilis
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Air

Cara memasak:

1.Didihkan air dengan satu sudu kecil garam dalam periuk.
2. Celurkan pucuk ubi dan toskan airnya, ketepikan.
3. Kisar cili padi, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
4. Didihkan santan yang dicampur dengan air.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar serta serbuk kunyit dan garam. Biarkan mendidih.
6. Akhir sekali, masukkan pucuk ubi yang telah dicelur dan biarkan mendidih sehingga masak.

 

Sumber:

myresipi.com

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}