Ketahui ‘Pembunuh Senyap’ Abad Ke-21

Kita berbangga dengan perkembangan pesat teknologi pada zaman ini. Namun ketahuilah bahawa seiring dengan kejayaan manusia mencipta pelbagai jenis gajet dan aplikasi ia memberi kesan kepada kesihatan umum.

Kajian Fakulti Perubatan Harvard mendapati jangka hayat manusia kini mula menurun (1) terutama bagi warga muda dan ‘pembunuh senyap’ ini berpunca daripada kekurangan tidur (sleep deprivation).

 

Tidur Lebih Lama, Hidup Lebih Lama

Kekurangan tidur bukan sekadar menurunkan prestasi harian anda, ia akan menyebabkan penyakit kronik dalam jangka masa panjang. Ramai yang tidak sedar akan kepentingan tidur yang berkualiti dalam penjagaan mental, fizikal serta keselamatan kehidupan harian.

Semakin pendek tidur anda, semakin pendek hayat anda. Pentingnya mendapat tidur yang cukup ini sehinggakan World Health Organization (WHO) mengklasifikasikan kerja syif malam sebagai satu karsinogen iaitu punca pertumbuhan sel kanser (2).

Malah terdapat pelbagai kajian yang membuktikan kekurangan tidur sebagai pembunuh senyap abad ke-21.

 

Fakta Kekurangan Tidur

  1. Lelaki yang tidur 5 jam sehari mempunyai tahap testosteron bersamaan orang yang berumur 10 tahun lebih tua daripada beliau.
  2. Mendapat tidur sebelum mula belajar adalah sama penting dengan mendapat tidur selepas selesai pembelajaran.
  3. Sebuah kaji selidik mendapati ketika musim bunga (kebiasaan penduduk tidur lambat kerana panas) kadar serangan jantung meningkat 24% manakala ketika musim sejuk (kebiasaan penduduk tidur awal kerana sejuk), kadar serangan jantung menurun sebanyak 21%.
  4. Tidur hanya 4 jam sehari menurunkan kekuatan sel imuniti anda sebanyak 70%. Sel imuniti ini penting bagi melawan elemen tak diingini dalam badan seperti sel kanser, dementia dan Alzheimer.
  5. Kekurangan tidur mengubah genetik dalam badan yang mengakibatkan kelemahan sel imuniti dan peningkatan stres sekaligus serangan jantung.

 Sumber: TED TALK

 

Bagaimana Mendapat Tidur Yang Berkualiti

Kekurangan tidur diibaratkan seperti paip bocor didalam rumah. Ia akan menyebabkan kerosakan kepada setiap sudut dan celah badan anda. Jika anda mempunyai masalah tidur awal mungkin tips ini dapat membantu anda;

  1. Kurangkan pengambilan alkohol, kafein dan makanan pedas sebelum tidur.
  2. Keteraturan tidur, iaitu tidur dan bangun pada waktu sama setiap hari.
  3. Mengekalkan suhu yang sejuk dalam bilik tidur.
  4. Tutup lampu, lebih gelap bilik anda lebih bagus.
  5. Sentiasa bersenam.

 

Rujukan:

  1. https://www.huffpost.com/entry/sleep-deprivation-the-silent-killer_b_9917106?guccounter=1
  2. https://www.ted.com/talks/matt_walker_sleep_is_your_superpower?

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}