Jaga Kesihatan Untuk Jana Pendapatan Diri

Kemana sahaja anda pergi anda dapat melihat atau mendengar pesanan tentang gaya hidup sihat. Baik di televisyen, radio atau media sosial sudah terlalu banyak usaha dilakukan dalam mengajak masyarakat agar menjalani gaya hidup yang sihat. Begitupun, masih ramai yang belum termakan dengan ‘hasutan-hasutan’ yang dilakukan.

Maka dalam artikel ini akan membincangkan tentang satu lagi ‘hasutan’, dimana mungkin akan membuat anda berfikir dua tiga kali sebelum anda kembali melakukan rutin dan tabiat yang merosakkan tubuh badan anda itu.

 

Hidup Sihat, Poket Lebat

Jika anda sukar memperbaiki gaya hidup demi menghargai anugerah tubuh badan yang diberi percuma ini, adakah anda akan melakukannya jika kami katakan ia menjana pendapatan? Jika anda setuju ayuh kita mulakan dengan senarai semak ini dahulu:

 

  1. Anda Merokok/E-Rokok?
  2. Makan Luar Lebih 3 Kali Seminggu?
  3. Kerap Membeli Snek Ringan?
  4. Membeli Air Berkarbonat/Kopi Tin Setiap Hari?
  5. Gemar Menonton TV/Netflix Pada Waktu Lapang?

Ada diantara lima tabiat ini yang anda sering lakukan? Jika ada, hentikan serta merta. Tabiat pertama hingga ke-4 ialah tabiat yang tidak sihat malah ia sangat merugikan duit poket anda.

Ya, tidak dinafikan satu tin kopi hanya berharga $1.50 atau RM2 tetapi jika didarabkan kepada 30 hari bersamaan dengan $45 atau RM60. Minuman tin juga mempunyai gula yang sangat tinggi sekaligus meningkatkan risiko obesiti dan diebetis. Lebih baik anda bawa bekal air putih sahaja. Sihat dan dan tidak perlu mengeluarkan walau 1 sen pun!

Tabiat ke-5 lebih kepada pembaziran masa kerana pada waktu itulah anda sepatutnya membuat perkara lebih berfaedah seperti bersenam atau merancang perniagaan kecil-kecilan. Dengan hanya membuang tabiat-tabiat tidak sihat ini, ia mampu mengelakkan pembaziran wang disamping memanjangkan jangka hayat anda.

 

Motivasi + Disiplin = Pendapatan & Sihat

Motivasi dan disiplin adalah dua kunci utama. Mengapa anda mahu melakukannya? Fikirkan dan itulah yang akan membakar semangat serta menjadi motivasi buat anda. Apabila semangat sudah berapi-api anda perlu berdisiplin untuk mencapai matlamat itu. Kedua-dua perkara ini jika dilakukan akan  memberikan ganjaran bukan sekadar kesihatan tubuh badan malah menjana pendapatan anda. Ini adalah sebabnya:

 

  1. Mengurangkan Kos Pengangkutan

Petrol, pengangkutan awam malah tempat letak kereta semuanya adalah perbelanjaan harian yang banyak tetapi mampu dikurangkan melalui perubahan hidup. Seperti contoh, menghantar anak anda ke sekolah (jika berdekatan) tidak perlu naik kenderaan tetapi hantar mereka dengan berjalan kaki.

Ia mampu menjimatkan duit, baik untuk kesihatan jantung dan memberi masa berkualiti bersama keluarga. Lihat kepada kehidupan anda, kos pengangkutan manakah yang anda boleh kurangkan dengan hanya berjalan kaki?

 

  1. Mengurangkan Aktiviti Berkos Tinggi

Anda kerap membawa keluarga anda ke panggung wayang atau bersiar-siar di dalam pusat membeli belah? Ini semua aktiviti berkos tinggi dan tidak memberi faedah kepada kesihatan anda dan keluarga.

Apakata anda gantikannya dengan berkelah di taman, beli sebiji bola dan main di padang bersama-sama keluarga anda. Mana lah tahu anak anda mungkin “the next Cristiano Ronaldo”. Aktiviti luar mampu meningkatkan mood anda, menjaga kesihatan dan paling penting, percuma!

 

  1. Sihat Bermaksud Kurang Cuti Sakit

Sementara orang lain terlantar sakit anda sedang bekerja dan menjana lebih banyak duit. Baik bekerja di pejabat atau perniagaan sendiri, lebih banyak masa produktif diluangkan kepada kerja, anda tentu akan menjana lebih banyak pendapatan.

Elak cuti sakit dengan mengamalkan vitamin dan suplemen seperti minuman kesihatan Bodigard Jus BerQah. Makan lebih banyak buah dan sayur-sayuran untuk meningkatkan sistem imuniti anda. Dan ingat, bila anda tidak sakit bermaksud anda tidak perlu menghabiskan duit berjumpa doktor.

 

 

  1. Singkirkan Tabiat Tidak Berfaedah

Seperti lima tabiat diatas, jika anda singkirkan anda pasti terkejut dengan jumlah baki duit dihujung bulan. Tabiat tidak berfaedah tidak perlu dijadikan sebagai keperluan dalam hidup anda. Merokok sebagai contoh, perokok kebiasaannya akan berkata mereka tidak mampu hidup tanpa merokok. Itu semua dusta belaka! (Marah betul ni)

Bayangkan jika anda menghabiskan sekurang-kurangnya $14 atau RM15 sehari untuk rokok, darabkan dengan 365 hari bersamaan dengan $5110 (anda boleh beli 2 Iphone XS Max) atau RM5475. Anda menghabiskan wang yang besar hanya untuk merisikokan jantung anda. Membazir kan?

 

Hargai Anugerah Tuhan

Banyak lagi faedah menjaga kesihatan kepada duit poket anda. Apa yang penting adalah niat anda. Menjaga badan anda seperti menghargai pemberian dan anugerah dikurniakan tuhan nescaya tuhan akan membalas dengan meluaskan sumber rezeki anda.

 

Rujukan:

  1. https://www.lifehack.org/articles/money/25-unnecessary-wastes-money-you-dont-think-about.html
  2. https://fitnessandfinanceredefined.com/5-unhealthy-habits/
  3. https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/5-reasons-why-a-healthy-lifestyle-will-save-you-money.html
  4. https://due.com/blog/how-eating-healthier-can-help-you-make-more-money/
  5. https://blog.moneysmart.sg/budgeting/cost-of-smoking-in-singapore/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}