Kesedaran Tentang Produk Pemutihan Kulit

Orang asia terutamanya wanita lebih gemar berkulit cerah. Ini boleh dibuktikan dengan lambakan dan populariti produk pencerahan dan pemutihan kulit di pasaran. Namun berhati-hatilah jika anda mempunyai obsess terhadap kulit yang cerah. Anda perlu tahu tentang risiko yang bakal anda hadapi terutamanya dengan penggunaan sesuatu produk kosmetik pemutihan.

Faktor keselamatan hendaklah diutamakan berbanding kesan terhadap kecantikan. Lebih-lebih lagi jika kesan pencerahan tersebut dapat diperolehi dalam masa yang singkat!  

Bagi anda yang mahu menggunakan sebarang produk pencerahan, bolehlah ikuti tip di bawah ini:

1.Baca terlebih dahulu maklumat yang tertera pada label produk dengan teliti dan patuhi saranan yang ditetapkan.

2.Amalkan diet yang seimbang dan gaya hidup sihat. Anda juga perlu sentiasa melindungi kulit daripada faktor yang boleh merosakkan kulit seperti persekitaran yang tercemar dan cahaya matahari.

3. Produk kosmetik memerlukan masa untuk bertindak secara selamat ke atas punca yang boleh menyebabkan kegelapan kulit. Jadi jangan mudah terpedaya dengan iklan produk yang menjanjikan perubahan drastik.

4. Dapatkan nasihat profesional yang bertauliah dalam bidang kecantikan ataupun kesihatan bagi mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi dan juga jenis produk yang bersesuaian.

5. Segera menghentikan penggunaan sesuatu produk sekiranya mendapat tindakbalas atau kesan sampingan yang tidak diingini dan rujuk kepada doktor jika perlu.

Anda juga boleh menyemak status produk kosmetik pada laman sesawang Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Sebarang aduan atau kesan sampingan yang serius akibat penggunaan produk kosmetik juga perlu dirujuk kepada pihak NPRA.

 

Rujukan:

http://www.myhealth.gov.my

www.npra.gov.my

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}