Kerja Lebih Masa Jejaskan Kesihatan

Kebiasaannya kita semua bekerja lebih kurang 8 jam sehari. Kadang kala kita pasti akan bekerja lebih dari waktu yang sepatutnya kerana berkemungkinan kerja lebih masa boleh memberi habuan kewangan yang lebih.

Tetapi janganlah bekerja lebih masa sehingga mengabaikan masa untuk diri sendiri dan juga keluarga. Ada banyak pendapat dan perbahasan berkenaan kerja lebih masa serta bagaimana ia menyumbang kepada terjejasnya kesihatan kita.

Menurut Dr Jennifer Newman yang merupakan seorang Pakar Psikologi dari Canada, kerja lebih masa bukan sahaja menyebabkan keletihan malah banyak lagi kesan buruk. Bekerja dalam keadaan yang letih boleh meningkatkan peluang untuk mendapat kecederaan di tempat kerja. Kerja lebih masa dalam tempoh yang panjang juga meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung dan paru-paru, kanser, diabetes dan arthritis. 

 

Waktu kerja yang panjang memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang kerana ia mengakibatkan seseorang itu kekurangan masa untuk makan dan menjaga diri sendiri dengan sempurna, menurut Huang Dinh dari Pusat Kajian Kesihatan Populasi Australia National University.

Dalam salah satu Kajian Whitehall di Britain menunjukkan peningkatan sebanyak 267% simptom depresi dan 284% simptom anxiety di kalangan pekerja wanita yang bekerja lebih dari 55 jam seminggu berbanding pekerja yang bekerja mengikut waktu bekerja normal (35-40 jam seminggu). Tekanan mental akan menambahkan tahap pengeluaran kortisol yang memberi kesan kepada pola tidur, selera makan, tekanan darah dan banyak lagi. Depresi yang kronik seperti yang kita semua tahu akan menyebabkan seseorang itu cenderung kepada aktiviti yang tidak sihat dan kadang kala memudaratkan.

Bukan itu sahaja, kerja lebih masa menjejaskan interaksi social dengan keluarga, pasangan dan rakan-rakan. Bagi mereka yang telah berkeluarga atau mempunyai anak yang masih kecil, penglibatan ibu bapa dalam pembesaran seorang kanak-kanak adalah amat penting. Amatlah penting untuk ibu bapa ini membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga bahkan dengan pasangan dan rakan-rakan juga.

Berkerja lebih masa bukanlah satu kesalahan, tetapi janganlah terlalu kerap. Tidak dinafkan memang ada sesetengah cabang kerjaya yang memerlukan seseorang untuk bekerja lebih masa. Sekiranya anda perlu bekerja untuk tempoh masa yang panjang, jangan lupa untuk berehat sekali-sekala.

Masalah yang telah kita kemukakan di atas hanya akan timbul sekiranya anda tidak cukup masa untuk pulih semula dari keletihan akibat bekerja. Jadi anda perlu luangkan masa untuk mendapatkan rehat yang cukup. Jadikan tidur suatu kemestian. Sekiranya anda perlu bekerja lebih masa, rehat sebentar sebelum memulakan kerja lebih masa itu. Makan makanan yang baik dan berkhasiat, elakkan makanan ringan, “fast food” atau tidak makan langsung. Jangan lupa minum air yang cukup dan kalau boleh elakkan minuman berkafein.

Jika dilihat dalam jangka waktu yang pendek, kerja lebih masa memang memberi manfaat dari segi kewangan, tetapi ia bukanlah jalan penyelesaian kepada semua masalah. Kesihatan fizikal, mental dan social juga merupakan aspek yang penting dalam kehidupan kita. tidaklah menjadi satu kesalahan untuk berkerja lebih masa, yang penting haruslah bijak untuk menjaga keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.

Rujukan :

Whitehall II

National Institute for Occupational Safety and Health

www.cbc.ca

www.businessinsider.com.au


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}