Kepentingan Otot Dalam Kehidupan

Semakin berusia kita bermaksud semakin kurang daya kekuatan tubuh badan kita. Ada tak di kalangan anda atau ibu bapa anda mengalami simptom-simptom berikut?:

  • Kurang bertenaga
  • Langkah yang perlahan
  • Kekuatan berkurangan
  • Berat badan berkurangan yang tidak disengajakan
  • Keletihan
  • Kelemahan

Senarai di atas sebenarya merupakan tanda-tanda kehilangan otot. Tahukah anda, 30% hingga 50% berat badan terdiri daripada otot tulang? Ia merupakan sumber kekuatan dan ia diperlukan bagi pergerakan dan keseimbangan. Ini bermaksud otot memainkan peranan struktur yang penting.

Rata-rata orang dewasa akan kehilangan sehingga 8% daripada jisim otot bagi setiap dekad bermula dari umur 40 tahun. Setelah umur 70, peratusan tersebut meningkat dua kali ganda.

 Tahukah pula anda berapa banyak otot yang anda perlukan dalam kehidupan seharian?

  • 34 otot bagi menaip emel
  • 80 otot untuk membuka balang biskut
  • 200 otot untuk berjalan-jalan di taman
  • 240 otot untuk membawa barangan dari pasar

Otot akan menjadi lebih kuat jika anda membuatkan ia bekerja. Sebab-sebab utama kenapa kekuatan otot sangat penting untuk dikekalkan ialah otot yang kuat dan sihat dapat membantu anda untuk:

  • Bebas dalam bergerak
  • Melakukan aktiviti harian mencapai sesuatu pada rak yang tinggi atau mengangkat barang
  • Meningkatkan keseimbangan, koordinasi, dan pergerakan
  • Mengurangkan risiko terjatuh
  • Mendapatkan kekuatan dan tenaga
  • Mengekalkan sendi

Masih belum terlambat untuk meningkatkan kekuatan otot dan menjaga kesihatan otot anda. Ia boleh dicapai melalui kombinasi pemakanan yang seimbang dengan pengambilan protein yang secukupnya, termasuklah bahan-bahan yang boleh membina tisu otot seperti HMB dan juga senaman kekuatan. Semoga otot-otot anda kekal sihat dan kuat sehingga lanjut usia nanti!

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}