Kepak Ayam Rangup  dengan Sos Masam Manis

Kepak Ayam Rangup  dengan Sos Masam Manis

 

Bahan-bahan

1kg kepak ayam

½ cawan tepung jagung

Minyak sayur untuk menggoreng

 Bijan

 

Bahan untuk perapan:

1 sudu besar kicap cair

1 kiub stok ayam (dihancurkan)

 1 sudu teh gula

 

Bahan untuk sos lemon madu:

1/3 cawan madu

3 sudu besar jus lemon

Kulit lemon (daripada 1 biji)

2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air

 

Cara-caranya:

Langkah 1

Campurkan kesemua kepak ayam dengan bahan-bahan perapan. Gaul dengan menggunakan tangan anda dan pastikan kepak-kepak ayam disaluti perapan dengan sebati. Ketepikan sementara anda menyediakan sos lemon madu.

Langkah 2

Sos Lemon Madu: Campurkan madu, kulit lemon, jus lemon dan campuran tepung di dalam pan kecil di atas api sederhana tinggi. Reneh selama satu minit atau sehingga memekat.

Langkah 3

Isi kuali dengan minyak sayur (1/3 daripada kapasiti). Panaskan kuali dengan api tinggi.

Langkah 4

Letakkan tepung jagung dalam sebuah bekas. Kemudian masukkan separuh bilangan ayam dalam bekas tepung tersebut. Tepuk lembut lebihan tepung sebelum memasukkan ke dalam kuali. Masak kira-kira 8 hingga 10 minit atau sehingga nampak rangup dan berwarna perang keemasan. Angkat dan letakkan di atas tisu dapur dan ulang proses sehingga ayam habis.

Langkah 5

Letakkan kesemua kepak ayam yang masih hangat ke dalam sebuah mangkuk besar. Tambahkan sos lemon madu dan gaul sebati. Tabur bijan ke atasnya dan gaul lagi. Hidangkan segera!

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published