Kelebihan Minyak Ikan untuk Kesihatan – MyLustre.com

Kelebihan Minyak Ikan untuk Kesihatan

Minyak ikan adalah minyak atau lemak yang diekstrak daripada tisu ikan. Biasanya daripada ikan berminyak seperti tenggiri dan tuna. Ada juga minyak ikan yang diperbuat daripada hati ikan seperti hati ikan kod.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan. Ini adalah kerana ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang bermanfaat antaranya dapat mencegah dan melindungi daripada serangan beberapa penyakit seperti yang disenaraikan di bawah:

 

Jantung dan darah

Minyak ikan biasanya digunakan untuk keadaan yang berkaitan sistem darah dan jantung. Ada yang menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, tahap kolestrol dan trigliserida. Ia juga digunakan untuk mencegah strok atau penyakit jantung, masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, denyutan jantung tidak teratur, sakit dada, kegagalan jantung, pembedahan pintasan dan juga untuk mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung.

 

Buah pinggang

Minyak ikan juga digunakan untuk masalah seperti kegagalan buah pinggang, penyakit buah pinggang dan komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan kencing manis, sirosis,pemindahan jantung, penyakit Berger dan lain-lain.

 

Otak

Ikan dianggap sebagai makanan untuk otak kerana ia boleh membantu mengatasi masalah bipolar, kemurungan, psikosis, ADHD, Alzheimer,migrain,skizofrenia,epilepsy dan gangguan mental yang lain.

 

Mata

Ada individu yang turut menggunakan minyak ikan untuk masalah berkaitan mata. Antaranya seperti mata kering, glaucoma,katarak dan lain-lain.

 

Abdomen

Minyak ikan diambil secara oral untuk masalah ulser perut, penyakit radang usu,penyakit Crohn. Sindrom Behcet, Sindrom Raynoud dan lain-lain masalah berkaitan abdomen.

Masalah wanita

Wanita yang mengalami masalah dan ingin mencegah kesakitan ketika haid, kesakitan payudara, komplikasi kehamilan seperti keguguran teruk boleh mengambil minyak ikan. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk menggalakkan tumbesaran bayi yang perlahan, kelahiran pramatang dan juga masalah lewat kehamilan.

Masalah berat badan dan masalah otot

Terdapat juga individu yang mengambil minyak ikan dalam proses mengurangkan berat badan, meningkatkan prestasi ketika bersenam dan menambah kekuatan otot. Ia juga boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan otot selepas bersenam dan untuk penyakit seperti radang paru-paru,kanser,alahan bermusim, keletihan kronik dan mencegah penyempitan pada pembuluh darah selepas pembedahan.

 

Lain-lain keadaan

Selain itu, minyak ikan juga digunakan untuk penyakit asma, kencing manis, obesiti, ekzema,disleksia,tulang rapuh, penyakit gusi dan banyak lagi!

Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan seperti yang disenaraikan dalam artikel ini, disarankan agar anda makan ikan berbanding suplemen. Dua hidangan ikan setiap minggu sudah mencukupi untuk badan. Namun bagi anda yang tidak menggemari atau sukar makan ikan, bolehlah mengambil suplemen sebagai alternatif.

 

Sumber: https://www.healthline.com/nutrition/13-benefits-of-fish-oil 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}