Kekal Sihat di Musim Perayaan!

Kekal Sihat di Musim Perayaan!

Kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Kebiasannya juadah seperti rendang, ketupat dan aneka biskut raya akan dihidangkan. Bagi anda yang biasa melakukan rutin sihat, pernahkah anda merasa agak sukar untuk meneruskan rutin sihat anda pada hari raya? Mudah sahaja sebenarnya. Ikut sahaja tip-tip di bawah ini!

 

1. Kawal kekerapan makan 

Rancang hari anda dengan mengetahui berapa banyak rumah yang akan anda kunjungi. Sekiranya anda mempunyai dua rumah untuk pergi, maka anda mungkin boleh merancang makan tengah hari dan makan malam anda. Sekiranya, anda ingin mengunjungi  10 buah rumah, anda tidak semestinya perlu makan banyak setiap kali kunjungan.   

 

2. Jangan elak sarapan pagi  

Bersarapan sebelum ke rumah terbuka adalah keputusan yang bijak. Anda mungkin berpendapat bahawa adalah idea yang baik untuk memulakan hari anda dengan perut kosong, namun anda akan kelaparan dan mungkin makan lebih banyak daripada apa yang anda perlukan sepanjang hari!  

 

3. Pilih makanan yang lebih sihat 

Selain mengawal kuantiti makanan, ada baiknya jika anda juga mengawasi apa yang anda makan. Latih diri anda untuk mencari hidangan yang lebih sihat. Contohnya, ambil buah segar berbanding kuih raya. Juga, pilih sedikit protein pada setiap hidangan kerana ia akan membuat anda kenyang dan mengurangkan keinginan anda untuk makanan manis dan tidak sihat. 

 

4. Kekal hidrat 

Jangan lupa untuk terus minum air kosong dan elakkan minuman manis dan bersoda. Selain sangat penting untuk kesihatan anda, ia juga berfungsi untuk mengelakkan anda daripada makan berlebihan. 

 

5. Kekal aktif 

Walaupun anda sedang bercuti, anda harus tetap kekal aktif. Malah berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan anda lebih baik daripada duduk sahaja menonton televisyen. Pasti akan lebih menyeronokkan jika dilakukan bersama orang tersayang. Jangan biarkan musim perayaan menjadikan anda kurang produktif! 

 

Semoga kita semua terus menjalani rutin harian yang sihat sepanjang musim perayaan ini!

 

*Gambar sekadar hiasan 

 

 

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published