Kekal Ceria Di Bulan Ramadan Dengan ‘Superfood’

Wajah sugul menahan lapar dan dahaga di sekeliling anda akan kerap kelihatan Ramadan ini. Kepenatan dan atmosfera kurang aktif akan terasa kerana masing-masing menunggu azan maghrib berkumandang untuk berbuka.

 

 

 

Adakah anda mahu kekal ceria dan cergas sepanjang Ramadhan ini? Tampil energetik seperti hari-hari biasa sehingga matahari terbenam. Rahsianya terletak kepada pemakanan anda.

‘Superfood’ antaranya merupakan makanan sunnah Rasulullah SAW mampu memberikan tenaga diperlukan tubuh badan anda untuk mengharungi hari berpuasa dengan cergas. Teruskan membaca untuk mengetahui ‘Superfood’ tersebut.

 

 

‘Superfood’ Untuk Ramadan

Makna ‘Superfood’ ialah makanan yang mengandungi kadar yang tinggi nutrisi seperti vitamin, mineral, nutrien, elektrolit dan fitonutrien, namun kurang kalori. ‘Superfood’ mencergaskan badan anda pada tahap yang lebih tinggi.

Kelapa (air dan isinya) ialah ‘superfood’ versatil sangat sesuai dijadikan konsumsi asas Ramadan ini. Kandungan airnya bertindak sebagai minuman isotonik kaya dengan elektrolit.  Manakala isinya kaya dengan protein, serat dan lemak tepu (3).

 

 

Kesemua kandungan nutrisi dalam air dan isi kelapa ini membekalkan tenaga seharian dan boleh diamalkan ketika sahur dan berbuka.

Buah Goji juga adalah makanan ‘superfood’ yang jarang diketahui orang ramai. Goji adalah sumber lengkap protein dan asid amino, mengandungi banyak mineral surih serta vitamin B1, B2, B6, E dan C (3).

 

 

Keperluan nutrisi yang lengkap sangat penting sepanjang berpuasa kerana defisit nutrisi mampu menjejaskan tenaga dan mood anda sepanjang hari.

Seterusnya ‘superfood’ yang sinonim dengan bulan Ramadan iaitu Buah Kurma.  Makanan sunnah ini digalakkan untuk diamalkan bukan sahaja pada bulan Ramadan kerana ia adalah sumber nutrisi untuk tenaga yang tinggi dan membantu mengawal kadar gula dalam darah.

 

 

Mangandungi nutrisi seperti tenaga, serat, zat besi, vitamin dan mineral yang tinggi (2), makan sekurang-kurangnya 4 biji ketika sahur dan 4 biji semasa berbuka mampu membantu anda kekal cergas sepanjang Ramadan ini.

 

 

Kekal kenyang dengan Barli pada hari-hari berpuasa anda. Barli terkenal dengan kandungan serat larut dengan kadar glisemik rendah menjadikan anda kenyang lebih lama. Kebiasaannya dijadikan sebagai minuman sangat sesuai dijadikan menu bersahur anda. Berbuka dengan barli pula untuk mengurangkan tabiat berlebihan makan.

 

 

Rujukan:

  1. https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2017/05/31/kekal-bertenaga-dengan-super-food-di-bulan-ramadan/
  2. https://www.chatelaine.com/health/diet/five-health-benefits-of-dates-and-a-coconut-date-snack-recipe/
  3. https://www.sunfood.com/blog/newsletters/8-best-superfoods-to-boost-your-mood-energy-levels/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}