Kekal Cergas di Bulan Puasa dengan Tip Makan Sahur Ini! – MyLustre.com

Kekal Cergas di Bulan Puasa dengan Tip Makan Sahur Ini!

“Makanan yang diambil semasa bulan puasa sangat penting kerana ianya akan menentukan tahap kesihatan kita sekaligus memberikan kesan terhadap rohani dan fizikal,” kata Pengurus Jabatan Dietetik dan Pemakanan, Pusat Perubatan Subang Jaya, Nurul Aziah Musa.

Oleh itu, untuk kekal cergas dan bertenaga di bulan puasa ini, ikutilah tip-tip di bawah ini!

  1. Tambahkan pengambilan makanan sunnah

Anggur, buah zaitun, buah kurma, budah delima dan juga buah tin adalah antara contoh makanan sunnah. Makanan-makanan ini boleh memberikan khasiat kepada tubuh badan. Oleh itu tambahkan pengambilan makanan-makanan ini di bulan puasa terutamanya buah kurma kerana ia mengandungi serat,gula, kalium , magnesium dan zat besi.

  1. Makan makanan seimbang

Jika anda makan nasi, pastikan lauknya seimbang. Anda boleh mengikut anggaran ini iaitu sayur dan protein sebesar satu tapak tangan manakala karbohidrat dan buah-buahan sebesar satu penumbuk.

  1. Elakkan makanan masin

Garam akan menyebabkan kita rasa lebih dahaga, oleh itu elakkan makanan masin ketika bersahur. Jika mahukan rasa masin, anda boleh gantikan dengan limau, bawang, kulit kayu manis dan lain-lain bahan sebagai pengganti.

  1. Air kosong

Memang agak sukar untuk mengikuti saranan minum lapan gelas air sehari dalam bulan Ramadhan. Namun anda boleh mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi air seperti timun, buah oren dan sebagainya. Paling tidak pun, cubalah minum enam gelas sehari.

  1. Minum banyak jus buah-buahan

Rasa penat, letih dan mengantuk akibat kekurangan air dalam badan boleh diatasi dengan meminum jus buah-buahan.Ini adalah kerana ia mengandungi nutrien seperti potassium, vitamin dan glukosa yang dapat memberikan tenaga kepada badan.  Ia juga dapat membantu dalam mencegah tubuh daripada dehidrasi dalam bulan Ramadhan.

  1. Elakkan teh atau kopi

Elakkan dehidrasi di bulan puasa dengan mengurangkan atau mengelakkan pengambilan teh atau kopi. Ini adalah kerana minuman seperti teh dan kopi merangsang pengeluaran air kencing . Sebaiknya gantikan dengan air kosong atau jus buahan.

 

Kesimpulannya penjagaan kesihatan tubuh badan amatlah penting terutamanya di bulan puasa. Agar anda terus kekal cergas bertenaga, jagalah pemakanan anda agar anda dapat menjalani ibadah dan aktiviti harian tanpa rasa lesu.

 

Sumber: Utusan Online


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}