Kehebatan Buah Oren dan Limau

Buah oren dan juga limau merupakan antara buah yang menjadi pilihan utama orang ramai kerana rasanya  yang masam manis dan juga sedap. Tekstur isi buahnya yang lembut juga mudah menghilangkan rasa dahaga. Di samping rasa yang sedap, buah oren dan juga limau turut mengandungi khasiat.Antaranya ialah: (3)

 

  1. Meningkatkan aliran air liur (agar mulut tidak rasa kering).
  2. Melembapkan mulut dan tekak sekaligus mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.
  3. Melembapkan paru-paru
  4. Oren menambah manfaat kepada perut dan limpa.
  5. Menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.
  6. Oren baik untuk batuk kering dan ia juga lebih selamat digunakan dalam jangka masa panjang. Manakala limau hangat dan lembap jadi jika digunakan dalam jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan menyebabkan beberapa gejala haba yang lain.

Bersempena Hari Raya kali ini kami juga ingin berkongsikan resipi air oren yang diilhamkan dari selebiriti Malaysia Syafik Kyle dan juga Sonaone melalui sebuah program televisyen iaitu Program Bila Bujang Masuk Dapur. (1)

Kredit Foto: thevocket.com

Bahan-bahan

Air oren secukupnya
1 tin laici dalam tin
Nata de coco secukupnya
1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
Ais batu secukupnya

Cara-cara

  1. Mula-mula sediakan air oren dahulu. Anda boleh guna air oren Sunquick. Bubuh gula dalam air oren anda secukup rasa.
  2. Masukkan nata dalam jag, diikuti buah laici dan airnya serta biji selasih.
  3. Tuangkan air oren tadi dan ketulan ais. Sedia dinikmati.

Resipi air di atas nampak sedap dan berkhasiat. Tunggu apa lagi, jom cuba untuk berbuka puasa nanti!

Sumber:

 1) thevocket.com

 2) SAYS Seismik

 3) hellodoktor.com

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}