Kegunaan dan Kesan Sampingan Asid Folik

Asid folik merupakan salah satu vitamin penting yang diperlukan bagi mengelakkan masalah tulang belakang yang disebabkan tiub neural yang tidak tertutup dengan sempurna. Ia juga digunakan untuk mengelakkan dan merawar mereka yang mengalami kekurangan sel darah merah atau masalah usus yang tidak boleh menyerap nutrient dengan betul

Sejak tahun 1998, asid ini telah ditambah ke dalam makanan seperti tepung, bijirin, biskut, roti dan bahan-bahan untuk penghasilan kek.

Secara semulajadinya ia terkandung dalam sayuran seperti bayam, brokoli, tomato, salad, buah-buahan seperti pisang, limau dan tembikai. Ia juga terkandung dalam cendawan, yis dan kacang.

 

Kegunaan dan fungsi asid folik

  1. Ibu mengandung

Bagi mengurangkan risiko kandungan mengalami masalah tiub neural seperti spina bifida, folate dan asid folik hendaklah diambil sebelum dan sewaktu mengandung.

  1. Anemia (kurang sel darah)

Ada pelbagai punca anemia dan salah satunya disebabkan oleh kekurangan asid folik.

  1. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang

Sebanyak 85% pesakit yang mengalami masalah buah pinggang mempunyai kandungan homocysteine yang tinggi dalam darah. Ini boleh menyebabkan serangan angin ahmar dan juga sakit jantung. Untuk pengetahuan, pengambilan asid folik telah terbukti mengurangkan tahap homocysteine dalam darah tapi ia belum lagi terbukti dapat mengurangkan masalah sakit jantung pada individu terlibat.

  1. Mengurangkan kesan sampingan methotrexate (Ubat kemoterapi)

Pengambilan asid folik boleh mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah akibat kesan sampingan rawatan methotrexate.

 

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan jika seseorang mengambil suplemen ini dalam dos yang betul. Namun jika terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan:

  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Ruam badan
  • Cepat marah
  • Konfius
  • Loya
  • Sawan

 

Pendek kata ambillah dalam dos sederhana kerana kajian menyatakan pengambilan dos tinggi di kalangan mereka yang mengalami masalah jantung akan meningkatkan lagi risiko untuk serangan sakit jantung. Terdapat kajian lain juga yang menyatakan ia akan meningkatkan risiko kanser prostat dan paru-paru.

Dos asid folik

Bagi mereka yang mengandung, dos yang boleh diambil adalah sekurang-kurangnya 400 hingga 1000mcg. Bagi yang mempunyai sejarah spina bifida pada anak sebelum ini, dos tersebut perlu digandakan hingga 4mg dan ia perlu diambil beberapa bulan sebelum melakukan hubungan dan 3 bulan selepas mengandung.

 

 

Sumber:

Dr Latiff Saad,seorang pegawai perubatan dan pengasas page The Diagnosa

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}