Kebaikan Makan Tapai dan Kontroversi Alkohol

Kebaikan Makan Tapai dan Kontroversi Alkohol

Tapai adalah sejenis makanan fermentasi sebaris dengan makanan popular dunia seperti tempe, yogurt dan kimchi. Tapai sinonim dengan makanan tradisional masyarakat melayu dan sering dijadikan menu ketika perayaan atau hari perkahwinan. Antara jenis tapai yang ada ialah tapai nasi, tapai pulut dan tapai ubi.

Dikatakan berasal daripada negeri Sabah dipopularkan oleh etnik Kadazan-Dusun-Murut ini, tapai kaya dengan sumber probiotik. Namun tahukah anda tapai mempunyai beberapa lagi khasiat lain di dalamnya?

 

Kebaikan Makan Tapai

Proses pembuatan makanan tradisional ini menggunakan proses kulat dan bakteria seperti makanan fermentasi yang lain. Jangan risau, mikrob-mikrob ini tidak mendatangkan kemudaratan kepada anda malah berfungsi memberi manfaat pada kesihatan tubuh badan.

Antara khasiatnya ialah:

  1. Kaya sumber probiotik

 

Makanan fermentasi kaya probiotik. Mikroorganisma baik didalamnya berfungsi melawan bakteria jahat dalam sistem penghadaman kita. Malah ia dikatakan mampu meningkatkan sistem imun badan kita.

 

 

  1. Membantu menstabilkan suhu tubuh badan

 

Dikatakan makan tapai ketika demam biasa membantu mengurangkan suhu badan anda. Kandungannya mampu menyejukkan suhu dalam darah dan kulit anda kerana sifat bakteria baiknya. Tiada kajian tentang ini namun kadang-kala petua orang tua-tua ini mujarab juga. Cubalah kerana tiada kemudaratan makan tapai ketika demam biasa.

 

 

  1. Memberi tenaga kepada tubuh badan

 

Tapai mengandungi karbohidrat yang tinggi dan mampu memberi kesan sama seperti makan nasi atau makanan karbohidrat yang lain. Malah tapai membantu agar protein dapat dipisahkan dengan lebih baik kepada sel-sel dalam badan.

Tapai juga membantu menguraikan lemak dan kolesterol dalam badan dan ditukarkan menjadi tenaga. Maka badan ini akan lebih bertenaga!

 

  1. Membantu memperbaiki sistem neuron dan otot

 

Diperbuat melalui proses fermentasi, ia akan menghasilkan thiamine, sejenis kandungan yang berfungsi membantu memperbaiki sistem neuron dan otot. Sebab itulah, tubuh badan akan berasa cergas lepas makan tapai.

 

  1. Dipercayai merawat masalah jerawat

 

Tapai ialah metode tradisional merawat masalah jerawat. Ia mampu membantu meneutralkan kandungan toksik wujud dalam pori-pori pada kulit anda. Kekotoran ini lah sebenarnya menjadi punca utama kulit anda mudah dijangkiti jerawat.

Maka selepas ini jika ada yang tanya apa rahsia ‘flawless’ anda, katakan lah Tapai!

 

Tapai Memang Ada Alkohol, Haram kah?

Ya, tapai sememangnya mempunyai kandungan alkohol. Proses fermentasi mungkin akan menyebabkan tapai sedikit sebanyak mengandungi alkohol. Dan bagi umat Islam pengambilan sebarang bentuk alkohol adalah diharamkan sama sekali. Maka wujud kontorversi mengatakan tapai haram dimakan oleh umat Islam. Benarkah?

Berita baiknya, Majlis Fatwa Malaysia telah menyatakan tapai halal untuk dimakan. Ini kerana kandungan alkohol terkandung didalamnya terlalu sedikit dan tidak memabukkan. Proses pembuatannya juga bukan seperti proses pembuatan minuman arak.

Alkohol tersebut hanyalah kesan sampingan daripada proses fermentasi dan tiada tujuan mutlak untuk menjadikan ia sebagai sumber bagi memabukkan seseorang.

Maka tiada masalah bagi umat Islam untuk makan tapai malah kesannya begitu kontra berbanding arak. Cuma berpada-pada ya janganlah makan terlalu banyak kerana apa-apa yang berlebihan itu tidak bagus dan membazir.

 

Rujukan:

  1. https://ir.unimas.my/id/eprint/7632/1/Analyses%20of%20Microbial%20Growth%20on%20Locally%20Produced%20Ragi%20For%20Tape%20Fermentation%2024%20pgs.pdf
  2. https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/pemakanan/makanan-tradisional-tapai/

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published