Kebaikan Kayu Manis Untuk Kesihatan Anda

Kayu manis telah dikenalpasti sebagai rempah yang digunakan dalam perubatan dan pemakanan sejak beribu-ribu tahun dahulu sehingga kini. Dahulu kala kayu manis merupakan rempah yang mahal dan hanya dijadikan sebagai hadiah buat raja-raja sahaja, tetapi kini ia boleh didapati di pasaraya dengan harga yang murah. Kandungan nutrisi dan rasa manisnya juga meletakkan kayu manis sebagai antara rempah ratus paling popular dikalangan 26 rempah yang lain (1). Jadi jangan pandang rendah khasiat kayu manis!

Kemanisan Yang Merawat

Antioksidan yang tinggi terdapat dalam kayu manis merupakan sebab utama ia diletakkan sebagai antara rempah paling popular. Kajian daripada NCBI turut mendapati kadar antioksidan yang banyak seperti Polyphenols dalam kayu manis mengatasi kadar yang ada dalam saingan terdekatnya iaitu halia dan oregano. Polyphenols terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit seperti diabetis, penghadaman, penyakit kardiovaskular dan bermacam lagi.

Banyak ujian telah dilakukan menggunakan ekstrak kayu manis dalam misi mencari penawar kanser. Kajian yang dilakukan telah mengesahkan kandungan kayu manis mampu menjadi penindak dalam mengurangkan pertumbuhan sel kanser dimana ia bertindak selaku toksin kepada sel-sel kanser tersebut. Walaubagaimanapun ia hanya berkesan di peringkat percubaan keatas tikus makmal dan belum terbukti berkesan ke atas manusia (2).

Kayu manis juga terbukti mampu membantu manusia yang mempunyai masalah ‘Insulin resistance’ yang tinggi. Insulin sangat penting kerana ia adalah hormon penting dalam mengawal metabolisma dan penggunaan tenaga disamping bertindak dalam menyalur gula daripada saluran darah kepada sel-sel anda. Kayu manis dapat mengatasi ‘Insulin resistance’ membantu hormon ini melakukan tugas mereka (3).

Maka bukan sekadar mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan, kayu manis juga merupakan rempah paling enak di dunia. Mampu merawat pelbagai jenis penyakit disamping membantu dalam meningkatkan keenakan masakan anda. Tidak hairanlah kayu manis menjadi hadiah buat raja-raja sahaja pada zaman dahulu. Jadi selepas ini pastikan kayu manis sentiasa ada di dalam simpanan dapur anda!

Rujukan:

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov
  2. https://www.healthline.com
  3. https://www.niddk.nih.gov

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}