Kebaikan Berjalan di Hutan

Banyak kajian telah mendapati amalan berjalan di hutan berupaya memberi kesan yang besar terhadap seseorang yang mengalami tekanan. Kajian pada tahun 1987 oleh Knopf mendapati, aktiviti ini boleh mewujudkan emosi yang positif dan mengurangkan tekanan hidup terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. (1)

Di Australia, istilah yang dipakai untuk aktiviti ini ialah bushwalking manakala di Jepun pula terdapat istilah forest bathing yang bermaksud berjalan di dalam hutan untuk menikmati udara, pemandangan, tumbuh-tumbuhan serta suara burung dan haiwan hutan. (2)
 
Aktiviti bersiar-siar di hutan bukan sahaja baik untuk jiwa malah berjalan-jalan di hutan ataupun taman yang dipenuhi tumbuhan juga memiliki manfaat bagi kesihatan. Antara manfaatnya: (1)
 
1. Mencegah kanser

Badan kita mempunyai sistem kekebalan tubuh yang digelar NK (Natural Killer) iaitu sel yang dapat melawan kanser. Dr. Li dari Nippon Medical School di Tokyo mengatakan, berdasarkan sampel kecil dari beberapa orang yang tinggal 2-3 hari di hutan, sel NK meningkat luar biasa setelah satu bulan kemudian. Bahkan, perjalanan ke hutan dalam sehari boleh meningkatkan sel ini walaupun dalam jangka masa yang lebih pendek. (2)

 

2. Aroma hutan boleh mengurangkan tekanan


Aroma dan bau memiliki efek kuat pada kesihatan dan emosi kita. Ia berkaitrapat dengan pusat emosi di otak kita. Inilah sebab aroma tertentu boleh membangkitkan nostalgia atau emosi lain yang berkait dengan masa lalu kita. Tekanan yang kronik juga boleh berkurangan jika berada lama di dalam hutan.  (2)
 
3. Membantu mengatasi depresi


Malah jika anda berada dekat dengan pokok atau duduk berehat di bawah pokok juga mampu mengurangkan rasa tertekan. (2)
 

Rujukan:

(1) Stress and Renewal Associated with Time Spent Bushwalking by Colin Thompson

(2) www.medcom.id

 

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}