Keajaiban Bidara

Bidara ialah sejenis tumbuhan pokok bersaiz sederhana yang tumbuh di sesetengah Kawasan Asia, Afrika, Eropah dan kepulauan Caribbean. Ia mempunyai daun yang hijau bersinar serta mempunyai bunga kecil yang kuning kehijauan. Buahnya oval berwarna hijau ketika muda dan agak perang serta berkedut seperti buah kurma ketika matang.

Buah bidara kaya dengan vitamin C dan potassium. Ia mempunyai kandungan sodium yang rendah, rendah kalori dan tiada kolesterol. Jadi ia amat sesuai dijadikan snek apabila terasa lapar.  Selain daripada itu, bidara juga mempunyai banyak kebaikan lain yang bagus untuk kesihatan kita sekiranya diamalkan. Setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai manfaat untuk kesihatan kita – kulit pokok, daun, akar dan juga buahnya.

Sejak zaman dahulu lagi bidara telah digunakan dalam perawatan masalah gastrointestinal termasuklah kembung perut, sakit pada bahagian perut dan sembelit. Kajian menunjukkan bidara boleh mengurangkan kadar asid perut, bahkan ia juga boleh melindungi dan merawat ulser perut. Dalam satu lagi kajian, bidara sangat efektif dalam memulihkan sembelit yang kronik.

Dalam perubatan tradisional masyarakat China, bidara digunakan untuk mengatasi masalah tidur seperti insomnia. Buah dan bijinya kaya dengan flavonoids iaitu saponins dan polisakarida. Saponin telah disebut-sebut sebagai promoter tidur semulajadi oleh ramai pakar pada masa dahulu. Kualiti sedatif yang terdapat pada buah bidara dapat memberikan kesan tenang kepada seluruh system saraf.  

Saponin yang terdapat di dalam bidara boleh memberi manfaat dan perlindungan kepada jantung dan system kardiovaskular. Saponin pada bidara boleh membantu mengawal tahap kolesterol. Dalam kajian saintifik, bidara telah dibuktikan untuk meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol sihat) tanpa meningkatkan tahap kolesterol LDL (kolesterol tidak sihat). Kajian juga menunjukkan bidara berupaya mengurangkan tahap trigliserid serta memberi perlindungan terhadap arteriosklerosis.

Bidara yang kaya dengan Vitamin C bersifat anti radang dan anti oksidan membantu kulit menangani jerawat, kedutan, parut dan juga radikal bebas.

Selain daripada itu, kajian di Universiti Sains Perubatan Tehran menggunakan bidara di dalam penjagaan kesihatan ovary. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Universiti Sains Perubatan Tehran (Iran) menggunakan bahan yang mengandungi bidara untuk merawat ovarian cyst. Pada akhir kajian tersebut, mereka mendapati formulasi semulajadi ini berkesan untuk membendung ovarian cyst setanding dengan pill kawalan kehamilan yang biasa digunakan dalam perawatan ovarian cyst yang mempunyai lebih banyak kesan sampingan.

Pokok dan buah bidara ini nampak sahaja kecil tapi manfaatnya tak setanding saiznya. Dengan kemajuan sains dan teknologi, semoga banyk lagi kebaikan bidara yang kita dapat kecapi di masa akan datang.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Rujukan :

www.stylecraze.com

https://thesleepdoctor.com

https://food.ndtv.com

https://informationcradle.com


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}