Karier Lionel Messi Hampir Musnah Akibat GHD

Tidak kira anda peminat bolasepak atau tidak, sebut sahaja nama Lionel Messi pasti semua akan mengenali ikon bolasepak berstatus bintang ini. Pemain licik dengan cara jaringan versetail ini merupakan pemain dan kapten kepada kelab FC Barcelona dan Argentina.

Disebalik kejayaan Messi atau gelarannya La Pulga (Si Kutu Atomik) terdapat sebuah catatan hitam dalam hidup beliau dimana impiannya hampir musnah apabila beliau pernah menghidap Gangguan Hormon Tumbesaran (GHD).

 

Apakah GHD?

Semasa zaman kecil lagi Messi berimpian menjadi seorang pemain bolasepak terkemuka apabila dewasa kelak. Namun kerana gangguan hormon tumbesaran, impian beliau mungkin terkubur begitu sahaja.

Growth hormone deficiency atau GHD ialah sebuah kondisi dimana kelenjar pituitari terdapat dalam otak manusia tidak menghasilkan hormon tumbesaran secukupnya buat individu mengalaminya. Dianggarkan kira-kira 1 daripada 7,000 kelahiran bayi akan mengalami kondisi ini.

Tentu anda dapat lihat tubuh badan Messi yang sedikit kecil, kurang tinggi dan kurang berat badan berbanding individu seusianya pada awal karier beliau. Namun ia adalah kondisi yang boleh dirawat dengan bantuan suntikan hormon tumbesaran. Jika dibiarkan, tumbesaran individu tersebut menjadi lambat dan terbantut.

 

FC Barcelona Penyelamat Karier Lionel Messi

Lionel Andrés Messi Cuccittini dianggap pemain bola sepak terbaik dunia sebaris lagenda bola sepak dunia Pele, Maradona, Zidane dan Ronaldinho.

Bersama FC Barcelona beliau telah memenangi rekod 6 Baloon d’Or, 6 Kasut Emas Eropah, 34 trofi dan pelbagai anugerah berprestij lain. Di saat artikel ini ditulis juga, Messi telah pun menjaringkan 500 gol dalam 500 penampilan terakhir beliau bersama FC Barcelona.

Semua pencapaian ini adalah hasil bantuan FC Barcelona membiayai kos perubatan Messi untuk merawat kondisi GHD dihidapi beliau. Messi direkrut oleh Barcelona semasa beliau berumur 13 tahun lagi. Melihat bakat yang dimiliki Messi, Barcelona yakin mereka membuat keputusan yang betul seterusnya memperlihat kejayaan demi kejayaan dicipta Barcelona bersama-sama Messi.

 

Apakah Punca GHD?

Selain daripada ketidakupayaan kelenjar pituitari yang diterangkan diatas, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan risiko GHD, antaranya:

  • Kanak-kanak yang mengalami bibir sumbing kebiasaannya akan mengalami masalah pada kelenjar pituitarinya.
  • Kehadiran tumor yang terletak pada kawasan sekitar kelenjar pituitari atau hipothalamus dalam otak.
  • Kecederaan, infeksi atau rawatan radiasi pada otak juga mungkin menyebabkan GHD. Situasi ini dikenali sebagai acquired growth hormone deficiency (AGHD).

 

Apakah Simptom GHD?

Mereka yang menghidap GHD akan terbantut tumbesaran. Antara simptom lain termasuklah:

  • Bentuk badan lebih pendek dan gempal
  • Akil baligh lambat
  • Perkembangan seksual terbantut
  • Keyakinan diri rendah
  • Suara lelaki tidak pecah selepas akil baligh
  • Payudara tidak tumbuh sempurna buat wanita

Bukan itu sahaja AGHD berkemungkinan mampu menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Lebih menakutkan kondisi ini mungkin menjadi penyebab kepada masalah kesihatan lain seperti diabetis dan penyakit jantung.

Secara psikologi pula pesakit GHD mungkin mengalami depresi, kurang konsentrasi, memori lemah dan kegelisahan.

 

Konklusi

GHD adalah kondisi yang jarang berlaku namun menjejaskan fizikal dan mental kepada mereka yang menghidapinya. Jadikan Lionel Messi sebagai contoh untuk segera mendapatkan rawatan sepatutnya serta teruskan hidup anda dan capai kejayaan serta impian yang anda mahu. Tiada apa halangan yang boleh menghentikan anda okay!

 

Rujukan

  1. https://bleacherreport.com/articles/1492546-lionel-messi-and-hgh-the-truth-about-the-best-footballer-in-the-world
  2. https://www.healthline.com/health/growth-hormone-deficiency
  3. https://www.givemesport.com/1539926-lionel-messi-has-scored-exactly-500-goals-in-his-last-500-barcelona-games

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}