Kanak-Kanak Gemuk Sering Diejek Akan Semakin Gemuk

Sedar atau tidak masyarakat kita gemar mengusik kanak-kanak yang berisi dengan kata-kata mengejek seperti buntat, mok mok, bulat dan sebagainya. Walaupun ia kelihatan tidak merbahaya, kajian baru mendapati kanak-kanak yang sering diusik mempunyai 91% lebih tinggi kandungan lemak dalam badannya berbanding dengan kanak-kanak gemuk yang tidak diejek.

Kajian diketuai Natasha A. Schvey ini juga mendapati peningkatan sebanyak 33% daripada Body Mass Indeks (BMI) kanak-kanak yang diusik perihal berat badan mereka.

Kajian ini melibatkan 110 kanak-kanak yang mempunyai risiko berat badan berlebihan. Mereka diberi borang soal jawab bagi mengetahui sama ada mereka sering diejek berkenaan berat badan mereka atau tidak.

Setelah 15 tahun mereka dikumpul semula untuk diperiksa berat badan dan hasil kajian ini perlu diambil berat oleh setiap lapisan masyarakat.

 

Sering diejek merendahkan keyakinan kanak-kanak gemuk

Jangan menyangka kanak-kanak tidak mengalami tekanan atau kemurungan. Mereka mungkin tidak menyatakan kesedihan mereka secara lisan tetapi hormon stres mereka akan terembes dalam badan menyebabkan mereka sentiasa lapar dan mengambil makanan yang tidak sihat.

Jika anda dalam kalangan yang berpendapat mengusik atau memalukan seseorang yang berat berlebihan mampu memotivasikan mereka agar mengurangkan berat badan maka anda salah dan perlu menghentikan perbuatan tersebut.

Sebaliknya cuba beberapa cara ini dalam mengatasi masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak:

  1. Memberi motivasi dengan meyakinkan mereka mampu mengurangkan berat badan.
  2. Bersenam bersama-sama.
  3. Mengurangkan simpanan makanan tidak berkhasiat dan menambah jumlah makanan sihat.
  4. Mengurangkan kunjungan ke restoran fast food atau mana-mana yang menyediakan makanan kurang berkhasiat.
  5. Jangan terlalu menekan mereka sebaliknya lakukan perubahan kecil satu per satu.

 

Kesimpulan

Sudah tiba masanya kita mengubah cara dan mentaliti berkenaan isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Ibubapa memainkan peranan penting agar anak-anak tidak tergolong dalam kategori berat berlebihan.

Mengusik bukan cara untuk memotivasikan mereka. Persekitaran yang positif memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan seisi keluarga.

 

Rujukan

  1. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/pdf/10.1111/ijpo.12538

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}