Kailan Garlic Sos Tiram | JIM MASAK – MyLustre.com

Kailan Garlic Sos Tiram | JIM MASAK

 

Bahan-bahan:

 ¼ cawan minyak sayur

6 ulas bawang putih (dicincang halus)

3 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap cair

1 sudu teh minyak bijan

¼ sudu teh gula

1 sudu besar air

400g sayur kalian

 

Cara-caranya:

 Langkah 1

Panaskan minyak sayur dalam sebuah kuali kecil dengan api sederhana tinggi. Masukkan bawang putih dan masak sehingga bawang putih mula bertukar warna (bawang putih akan terus masak dalam minyak yang panas. Jadi penting untuk tutup api sebelum bawang putih bertukar ke warna perang keemasan). Tapis bawang putih dan asingkan daripada minyak. Minyak pula letakkan di dalam mangkuk tahan panas.

 

Langkah 2

Campurkan 2 sudu besar minyak bawang putih bersama sos tiram, kicap cair, minyak bijan, gula dan air. Kacau dan ketepikan untuk digunakan kemudian.

 

Langkah 3

Potong sayur kailan kepada dua bahagian iaitu bahagian daun dan batang kailan.

 

Langkah 4

Panaskan air dalam periuk besar dengan api tinggi. Setelah mendidih, masukkan batang kalian dan masak kira-kira 2 minit. Kemudian masukkan bahagian daun dan masak lagi seminit. Tapis sayur dan hidangkan dalam pinggan. Kemudian tuang adunan sos tiram tadi dan tabur bawang putih goreng. Siap untuk dimakan bersama nasi putih dan hidangan lain!

 

 

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}