Jus Segar Penawar Berharga

Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, fitonutrien (bahan kimia tumbuhan) dan mineral yang diperlukan oleh badan kita setiap hari.Anda boleh mengambilnya secara langsung atau dikisar dan dijadikan sebagai jus buah-buahan yang lazat lagi berkhasiat.  (1)

Antara kebaikan jus buah-buahan dan sayur-sayuran adalah ia boleh meningkatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit,  membersihkan hati  dan organ dalaman, membuang toksin yang berbahaya, membantu penghadaman dan juga boleh membantu mengurangkan berat badan. (2)

Antara amalan mudah untuk mendapatkan manfaat luar biasa sama ada daripada sayur-sayuran ataupun buah-buahan ialah seperti: (2)

  1. Setiap kali membeli barangan dapur, jangan lupakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  2. Letakkan buah-buahan dalam mangkuk atau bakul kemudian letakkan di tempat yang mudah dicapai seperti di atas kaunter dapur atau rak atas peti sejuk anda.

 Bila dah letak di tempat yang mudah, senanglah nak capai dan buat jus minuman misalnya. Kali ini juga kami ingin berkongsikan resipi jus oren lemon yang jika diamalkan boleh membuatkan tubuh anda menjadi lebih langsing. Tak percaya? Cubalah dulu! (3)

Resipi Jus Oren + Lemon

Bahan-bahan:

1 biji oren

1 biji lemon

Sedikit seleri

Cara-caranya:

  1.  Kupas kulit buah oren dan lemon kemudian potong menjadi lebih kecil.
  2. Masukkan buah-buahan yang sudah dipotong ke dalam mesin pengesktrak.
  3. Ekstrak jus buah-buahan ini kemudian minum segera agar khasiatnya terjamin.
  4. Anda juga boleh gabungkan buah oren, mangga dan pear.

 Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

 

Sumber

 1) hmetro.com.my

2) Ling Mooi Li  , Pengasas Juice Works

3) karangkraf.com

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}