Jenis Penyakit Yang Menyerang Pengembara

Pergi bercuti memang best. Dapat ringankan kepala daripada bebanan kerja dan dapat tengok-tengok tempat orang. Namun dalam bergembira itu anda perlu berhati-hati kerana anda boleh terkena beberapa jenis penyakit seperti di bawah ini:

Dysentery atau TD (traveller’s diarrhea)

Makanan adalah antara yang wajib dicuba jika pergi bercuti. Namun, jika tidak bersih dan sistem badan tidak dapat menerima perubahan budaya makanan, anda boleh terkena cirit-birit. Ini akan menyebabkan badan anda kekurangan air dan lemah.

Tifoid

Juga dikenali sebagai demam kepialu, jangan pandang enteng kerana penyakit ini terdapat di seluruh dunia. Ia merebak melalui air atau makanan yang tercemar dengan bakteria. Simptom penyakit ini adalah demam panas, sakit kepala, hilang selera makan, lemah badan dan sakit perut.

Parasit

Cacing pita, jangkitan usus serta kulat adalah antara jenis parasit yang boleh mengganggu kesihatan ketika bercuti. Cacing pita boleh didapati daripada makan makanan yang tidak dimasak sempurna serta buah atau sayur yang tidak dibasuh. Cacing pita akan hidup dalam sistem usus dan menyerap karbohidrat serta protein dalam badan.

 

Bergantung kepada iklim domestik, parasit dan serangga serta tahap kebersihan masyarakat, setiap negara ada penyakit yang berbeza. Anda perlu ambil tahu penyakit tersebut dan risikonya kepada anda sebelum anda menjejakkan kaki di sana. Badan yang lemah dan letih akibat penat berjalan boleh melemahkan imunisasi badan sekaligus memudahkan anda terkena penyakit!

 

Sumber: Majalah EH!


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}