Jangan Pisahkan Raja dan Ratu Buah. Ada Sebabnya ia Digelar Sebegitu!

Musim durian kembali menggila. Penggemar raja buah ini pasti tak ketinggalan mengunjungi gerai-gerai menjual buah durian yang berlambak sekarang. Namun, tahukah anda kadar histamina dalam buah durian adalah tinggi? Histamina merupakan sejenis sebatian yang terbentuk daripada pendekarboksilan histidina*, dan dibebaskan terutamanya oleh sel masta dalam tindak balas alergik, untuk menimbulkan inflamasi. (1)

Bagi mereka yang mempunyai alahan, ekzema dan cirit-birit berhati-hati dengan raja buah ini. Ia boleh membuatkan anda sengsara kelak . Namun usah khuatir kerana anda boleh makan buah manggis pula selepas makan buah durian! Mengapa? Buah manggis berfungsi untuk mengatasi pengeluaran histamina. Ia boleh dimakan sama ada secarang langsung atau kulitnya boleh dihancurkan dan dijadikan serbuk untuk membuat teh. (2)

Jadi ada sebab durian digelar raja buah manakala buah manggis pula permaisurinya. Kedua-dua jenis buah-buahan ini perlu ada, bukan sahaja untuk menyembuhkan atau menghalang masalah-masalah seperti yang disebutkan di atas tetapi buah manggis juga boleh menyejukkan badan anda selepas menikmati durian. Bagaimana cara permaisuri buah ini menyembuhkan masalah alergi, melawan resdung dan masalah cirit birit yang mungkin disebabkan oleh aktiviti memakan durian adalah seperti berikut:

Alergi:

Alergi adalah penyakit kekal dan ekstrak ethanol dalam manggis dapat mengurangkan kesan alergi serta merawat keradangan.(4)

Resdung:

Kandungan anti-bakteria dan anti-viral yang kuat membantu badan melawan virus yang menyebabkan masalah resdung. (3)

 Cirit-birit:

Kandungan antioksidan dan xanthones dalam manggis berkesan untuk merawat cirit-birit dan ketidakselesaan di kawasan perut.(4)

Jadi bagi penggemar durian yang mempunyai masalah-masalah yang disebutkan di atas, anda masih boleh menikmati durian tetapi jangan lupa makan buah manggis pula selepas itu untuk mengelak ketidakselesaan kemudian hari.

 

Glosari:

Histidina: Asid amino yang menjadi pelopor dalam pembentukan histamina.

 

Rujukan:

 

  1. http://prpm.dbp.gov.my
  2. Lembah Barakah Organic Farm
  3. https://herbs.lovetoknow.com/Mangosteen_for_Sinus_Problems
  4. https://healthfoodsoul.com/mangosteen/

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}