Jangan Panaskan Semula 3 Jenis Makan Ini!

Anda tak suka makan makanan yang dah sejuk? Kami pasti kebanyakan orang memang lebih suka makan makanan yang masih panas kerana lebih sedap. Jadi jika makanan dah sejuk, terpaksalah panaskan sebelum dimakan. Namun tahukah anda tidak semua makanan elok untuk dipanaskan semula. Silap-silap boleh memudaratkan anda!

Tiga jenis makanan berikut boleh jadi racun jika dipanaskan semula!

Bayam

Sayur bayam memang terkenal dengan khasiatnya. Tak hairanlah Popeye, kartun terkenal tu pun suka! Disebalik kebaikan bayam, ia turut mempunyai ‘sisi gelap’ jika kerap dipanaskan. Sayuran ini mengandungi nitrat yang akan berubah menjadi campuran nitrat ketika dipanaskan. Nitrat inilah yang akan menyebabkan seseorang itu diserang kanser.

Kentang

Kentang goreng, kentang lenyek dan kerepek kentang antara jenis makanan yang boleh dihasilkan daripada kentang. Disebabkan itu ia antara sumber makanan yang popular. Namun tahukah anda kentang akan kehilangan nutrisinya jika dipanaskan semula?

Seperti bayam, kentang juga akan mengalami proses pengoksidaan ketika dipanaskan. Proses tersebut akan membuatkan tubuh berdepan campuran racun berbahaya.

Telur

Mengandungi vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, kalsium dan fos forus, telur sememangnya merupakan makanan sihat. Namun bahaya jika tidak digunakan segar!

Ok sekarang anda dah tahu makanan apa yang tak elok jika dipanaskan semula. Jadi cubalah elakkan untuk kesihatan diri juga ya!

 

Sumber: detik.com


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}