Jalan Kaki Mampu Bantu Kurangkan Risiko 7 Jenis Kanser?? – MyLustre.com

Jalan Kaki Mampu Bantu Kurangkan Risiko 7 Jenis Kanser??

Ya, anda tidak salah baca. Menurut sebuah kajian, individu yang melakukan senaman sederhana selama 2 jam 30 minit dalam masa seminggu mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat 7 jenis kanser. Selain berjalan kaki dengan cepat sekurang-kurangnya 20 minit, antara aktiviti alternatif yang boleh dilakukan juga ialah mengayuh basikal. Tak susahkan?

Mengikut kajian tersebut lagi, senaman-senaman yang disebutkan di atas dapat mengurangkan risiko untuk mengalami kanser hati sebanyak 18 peratus.  Bagi kanser payudara pula, risiko tersebut berkurangan sebanyak 6 peratus bagi senaman selama 2 jam 30 minit, dan 10 peratus untuk senaman selama 5 jam. Selain itu, risiko untuk mendapat kanser buah pinggang baik bagi lelaki mahupun perempuan juga menurun sebanyak 11 peratus bagi senaman selama 2 jam 30 minit, dan 17 peratus bagi senaman selama 5 jam.

Risiko untuk mendapatkan kanser rahim di kalangan wanita juga boleh berkurangan sebanyak  18 peratus bagi wanita yang melakukan senaman dalam tempoh seperti yang disebutkan di atas. Selain itu, menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Oncology, mereka yang mengamalkan senaman dalam tempoh yang disebutkan juga kurang berisiko untuk mendapat lomfoma bukan Hodgkin sebanyak 18 peratus. Manakala bagi golongan lelaki pula, mereka akan mendapat pengurangan risiko untuk kanser kolon sebanyak 14 peratus. Bagi myeloma kanser darah pula, kedua-dua golongan sama ada lelaki mahupun perempuan akan kurang berisiko mendapatnya sebanyak 19 peratus jika melakukan senaman seperti dalam tempoh yang disarankan.

Kanser sememangnya antara penyakit yang ditakuti zaman ini. Mungkin dengan gaya hidup dan pemakanan yang sihat mampu membantu anda untuk mencegahnya!

 

 

Sumber:

hellohealthgroup.com

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}