Insomnia: Bagaimana ia Berlaku? – MyLustre.com

Insomnia: Bagaimana ia Berlaku?

Insomnia merupakan masalah sukar tidur malam. Kebiasaannya, ia berlau di kalangan penduduk di bandar. Ini mungkin disebabkan oleh gaya hidup di bandar yang banyak mendorong kepada masalah ini.


Insomnia juga boleh terjadi jika anda mengalami tekanan atau masalah peribadi yang boleh menjejaskan tidur anda. Kadang kala ia boleh berlarutan walaupun masalah anda itu telah pun berlalu.

Selain itu insomnia juga boleh terjadi disebabkan makan terlalu banyak pada lewat malam dan juga minum teh, kopi atau minuman tenaga pada waktu petang. Ini adalah kerana kafein boleh menyebabkan anda berjaga.

Persekitaran yang tidak selesa juga boleh menjadi faktor kepada masalah tak boleh tidur malam. Seperti contoh bilik terlalu panas atau sejuk, bising, cerah atau katil dan bantal yang tidak selesa membuatkan anda sukar tidur. Selain itu, sesetengah masalah kesihatan turut boleh menyebabkan insomnia. Antaranya:  

  • Masalah kesihatan mental seperti gangguan bipolar, gangguan panik dan tekanan.
  • Masalah kesihatan fizikal seperti penyakit kronik, penyakit jantung, sirosis hati (liver cirrhosis) dan diabetes.

Selain itu, pengambilan sesetengah ubat dan faktor peningkatan usia juga boleh mengakibatkan insomnia.

Cara atasi insomnia

Jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama, insomnia akan menyebabkan seseorang mengalami masalah tidak cukup tidur yang kronik dan sekaligus memberi kesan pada psikologi dan juga fizikal. Jadi bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

  1. Hindari kafein agar lebih mudah untuk anda tidur.
  2. Jika anda tidak boleh tidur, bangun dan lakukan aktiviti seperti membaca atau mendengar muzik yang menenangkan. Elakkan bermain telefon pintar atau gajet lain kerana cahaya daripada skrin akan membuatkan anda berasa lebih segar.
  3. Amalkan pemakanan seimbang dan sihat. Jangn lupa aktiviti fizikal secara teratur. Gaya hidup sihat pasti boleh bantu anda untuk tidur!

Insomnia boleh menyerang sesiapa sahaja. Pastikan anda dapatkan bantuan pakar jika insomnia yang anda hadapi semakin kronik!

 

Sumber:

hellodoktor.com


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}