Homemade Sloppy Joe | JIM MASAK – MyLustre.com

Homemade Sloppy Joe | JIM MASAK

 

Bahan-bahan: 

 

1 sudu besar minyak zaitun

400g daging cincang

1 cawan bawang Holland (dicincang halus)

½ cawan lada benggala hijau (dicincang halus)

½ cawan lobak merah (dicincang halus)

2 ulas bawang putih (dicincang)

2 cawan sos pasta kegemaran anda

1 ½ sudu besar gula perang lembut (soft brown sugar)

2 sudu teh garam

½ sudu teh lada hitam

½ sudu teh kepingan cili merah (red chili flakes)

6 roti burger, (dipotong dua dan dibakar seketika)

 

Cara-caranya:

 

Langkah 1

Panaskan kuali berisi minyak dengan api sederhana tinggi. Kemudian masukkan daging cincang dan masak selama 5 minit (kacau selalu untuk pisahkan daging yang berkumpul). Tambahkan bawang, lada benggala, lobak merah dan bawang putih. Kacau selalu sehingga daging masak dan sayuran menjadi lembut (kira-kira 7 hingga 8 minit).

 

Langkah 2

Masukkan sos pasta, gula perang, garam, lada hitam dan kepingan cili merah. Biarkan mendidih di atas api sederhana tinggi, kemudian rendahkan api dan reneh selama 15 minit (kacau sekali-sekala). Siap

 

Langkah 3

Bahagikan adunan daging cincang sama rata di atas roti burger dan hidangkan dan nikmati ia segera!

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}