Herba Mudah Tumbuh: Bagaimana Menanam Beserta Kelebihannya

Menanam herba dirumah adalah sangat mudah. Secara literal, ia semudah satu, dua, tiga.
Satu; Sediakan Herba & Balang
Dua; Masukkan Air
Tiga; Berikan Cahaya Matahari

Tidak semua orang mempunyai laman yang besar untuk mempunyai kebun herba sendiri. Namun ia tidak menghalang kita untuk tetap menanam. Terutamanya mereka yang tinggal di apartmen atau kondo misalnya. Dengan hanya bermodalkan balang, air dan cahaya matahari anda boleh meneruskan hobi anda itu.

 

 

Artikel ini akan mencadangkan herba-herba terbaik yang mudah untuk ditanam disamping kebolehan pertumbuhan semulanya yang cepat. Ayuh mulakan!

 

  1. Herba Peppermint
  • Herba ini mudah tumbuh dengan penjagaan yang minimum.
  • Daunnya boleh dipetik dan tidak akan terjejas.
  • Daun peppermint boleh digunakan sebagai teh herba, sup dan masakan.
  • Meletakkannya ditepi tingkap akan mengeluarkan bauan menyegarkan dalam rumah anda!
  • Peppermint mempunyai vitamin A dan C serta kebolehan menenangkan badan.

 

     2. Herba Oregano

  • Daunnya menyedapkan masakan berperisa seperti pasta atau spageti
  • Gunakan gunting untuk memudahkan pengambilan daun oregano
  • Oregano kaya dengan kalsium, zat besi dan fiber.
  • Pastikan anda memerhatikan herba ini kerana ia mampu tumbuh dengan banyak!

 

     3. Herba Basil

  • Herba Itali ini sangat mudah tumbuh dalam air.
  • Ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis resipi sup dan masakan berasaskan sos.
  • Namun basil memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam cahaya matahari (letakkan sahaja ditepi tingkap).
  • Basil terkenal dengan khasiat antioksidan dan anti-keradangan yang kuat.

 

     4. Herba Stevia

  • Stevia memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk tumbuh
  • Tanam sama ada didalam balang berisi air atau tanah.
  • Daunnya boleh digunakan sebagai pemanis semulajadi teh anda.
  • Jika anda rajin, kumpulkan daunnya dan hancurkan menjadi serbuk sebagai bahan alternatif kepada gula.

 

 

     
     5. Herba Lemon Balm
  • Lemon balm membantu mengurangkan perasaan gemuruh.
  • Memerlukan cahaya matahari yang banyak.
  • Minum teh lemon balm jika anda mempunyai masalah penghadaman.
  • Kandungan antioksidan yang kuat turut membantu menangani stress.

 

Banyak lagi idea-idea herba lain. Pastikan juga anda membuat kajian lebih mendalam tentang herba yang ingin ditanam agar mendapat hasil yang terbaik. Jadi ayuh mula menanam herba!

 

Rujukan:

  1. https://alivebynature.com
  2. https://www.youtube.com

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}