Herba dan Kegunaannya Dalam Pelangsingan Badan

Siapa yang tak risau dengan penambahan berat badan? Berat badan berlebihan bukan sahaja mengurangkan keyakinan diri malah risiko mendapat penyakit seperti kencing manis juga tinggi. Namun ia boleh diatasi melalui pemakanan sihat dan juga senaman.

 

Selain itu ada juga yang mencuba pelbagai produk pelangsingan badan yang diformulasikan dengan herba tradisional untuk mengurangkan berat badan. Antara bahan yang lazim digunakan untuk pelangsingan badan adalah Cassia angustifolia (Senna), Garcinia cambogia, Hoodia gordonii dan Phaseolus vulgaris. (1)

 Contoh herba popular dalam produk pelangsingan badan:

Garcinia cambogia

 

Boleh didapati di Malaysia, India dan Afrika, Garcinia cambogia merupakan sejenis buah tropical yang mengandungi bahan aktif hydroxycitric acid (HCA). Ia membantu mengurangkan selera makan dan pembakaran lemak dalam badan. Bahan aktif tersebut juga menghalang tindakan enzim citrate lyase; sejenis enzim yang digunakan untuk penghasilan lemak di dalam badan.

Kesan sampingan:  sakit perut atau cirit birit, loya,  pening dan sakit kepala. (3)

Cassia angustifolia (Senna)

 

Senna biasanya digunakan sebagai julap bagi individu yang mengalami sembelit. Daun dan buahnya sering digunakan dalam produk pelangsingan badan. Senna mengandungi sennosides yang bertindak merangsang pergerakan otot-otot usus sekaligus melegakan sembelit.

Kesan sampingan:  kembung perut, cirit birit,  sakit perut, loya dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. (2)

Walaubagaimanapun sebelum anda ingin mengambil produk pelangsingan badan, anda dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu. Pastikan juga produk tradisional dan ubatan yang diambil berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Rujukan:

(1) myhealth.gov.my

(2) drugs.com/senna.html

(3) webmd.com/vitamins-and-supplements/garcinia-cambogia-weight-loss#1

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}