Hentikan 4 Perkara Ini Untuk Lebih Gembira

Kadangkala perubahan yang kecil dalam tingkah laku, persekitaran dan hubungan kita dapat membantu dalam perjalanan kepada kehidupan yang lebih gembira dan bahagia. Berikut adalah 4 perkara yang perlu anda hentikan.

 

  1. Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain

 

Kita kerap membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, terutama kini hampir semua orang mempunyai akaun media sosial masing-masing. Anda melihat foto rakan anda sedang bercuti ke Venice, Itali di Instagram dan bertanyakan pada diri anda “Mengapa kehidupan aku tidak seperti dia”. 

Ketahui lah bahawa dalam media sosial tidak semua akan berkongsikan kesusahan atau kesedihan mereka (walaupun ada sesetengah yang suka berkongsi). Apa yang kita lihat di media sosial hanya lah sisi positif mereka.

 

Perjalanan kisah hidup manusia berbeza, mungkin juga rakan anda yang telah berjaya sudah pun berada pada bab ke-21 manakala anda pada bab pertama hidup anda. Maka anda tidak boleh membandingkan bab pertama anda dengan bab-21 mereka sebaliknya bandingkan diri anda dengan diri anda yang lama dan fikirkan apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi lebih baik dari semalam.

 

  1. Berhenti cuba menjadi sempurna

 

Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini. Setiap makhluk mahupun objek tentu mempunyai kekurangan masing-masing. Persoalannya disini, adakah anda berani untuk menerima kekurangan itu dalam kehidupan anda.

“Kesempurnaan ialah topeng bagi ketakutan” – Salvador Dali

Mereka yang mengatakan diri beliau seorang ‘perfectionist’ mungkin sebenarnya takut akan kegagalan. Mereka takut jika hasil kerjanya gagal, ditolak dan dikritik oleh orang lain. Sabar dan tarik nafas panjang, kerana tiada kejayaan berlaku tanpa anda melakukan kesilapan.

 

Mereka yang sudah berjaya menerima kekurangan, melawan kegagalan dan sentiasa belajar setiap saat. Tiada istilah kejayaan segera dengan menunggu sesuatu menjadi sempurna.

 

  1. Berhenti merungut

 

Pernah tak anda mendengar sesorang berkata “Oleh kerana aku kerap merungut, kini aku sudah berjaya dan gembira dalam hidup aku’’, mustahil bukan.

Merungut tidak akan membawa anda kehadapan malah ia menolak anda lebih jauh kebelakang. Merungut juga menggunakan tenaga yang banyak dimana anda boleh menggunakan tenaga itu untuk melakukan perkara yang lebih bermanfaat.

 

Anda tidak akan gembira jika anda kerap merungut kerana ia hanya mendorong anda untuk lebih marah dan mengeluarkan tenaga negatif sekaligus memberi kesan kepada diri anda dan orang disekeliling.

 

  1. Berhenti meluangkan masa yang banyak dengan orang yang negatif

 

Mereka mungkin adalah rakan baik anda, mungkin juga ahli keluarga anda. Disebabkan itu ia sukar dilakukan kerana mereka adalah orang paling rapat dengan anda.

Penceramah motivasi, David P Brown berpendapat, anda adalah purata 5 orang yang paling banyak anda luangkan masa bersama. Maka cuba lihat kehidupan anda, siapakah 5 orang tersebut?

 

Jika anda bersama 5 jutawan anda mungkin menjadi jutawan yang keenam. Sebaliknya jika anda bersama 5 orang yang obesiti, anda mungkin sudah atau akan mengalami obesiti. Ini kerana anda berada dalam kumpulan yang menerima tabiat buruk tersebut dalam kehidupan mereka.

Ini tidak bermaksud anda perlu memutuskan hubungan dengan mereka. Anda perlu mengambil langkah untuk keluar daripada zon tersebut dan apabila anda sudah berjaya, kembali dan tarik mereka ke dalam kumpulan anda pula. Mengubah seseorang selepas anda mengubah diri anda adalah lebih mudah.

 

 

Rujukan:

  1. https://thrivehive.com/4-reasons-why-perfect-is-the-enemy-of-done/
  2. https://open.spotify.com/episode/2sfqZCrZ2DuhBZNDmLJao1

Older Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}