Halia: Penawar Bagi Semua Penyakit

Halia merupakan sejenis rempah berakar dengan rasa pedas dan memberi manfaat pada kesihatan dan memiliki sifat perubatan. Ia banyak tumbuh di negara-negara bercuaca panas seperti India, China, Afrika, nusantara dan kepulauan Caribbean.

Halia telah digunakan sebagai perubatan tradisional semenjak zaman pemerintahan Dinasti China. Ia digunakan bagi melawan rasa mual dan keradangan, melegakan kesakitan haid, membantu mengawal kolestrol dan mengurangkan osteoarthritis.

Halia juga digelar penawar bagi semua penyakit? Ia  digunakan dalam pelbagai hidangan di serata dunia.  Jika halia dicampurkan ke dalam air, ia boleh menjadi penyahtoksikan yang terbaik. (1)

Lain-lain khasiat halia:

Menguatkan imuniti

Halia berupaya dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri turut dapat dihapuskan dan risiko penyakit strok dapat dikurangan dengan hanya mengambil beberapa hirisan kecil halia dalam sehari. Mudah sahaja!

Melegakan sakit tekak dan batuk

Bagi melegakan sakit tekak, potong sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air masih hangat atau suam.  

Mengurangkan berat badan

Halia merupakan agen pembakar lemak dan berupaya menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

Kini anda tiada alasan lagi untuk tidak menyukai halia kerana manfaatnya ternyata banyak! Simpan atau tanam sendiri halia di rumah untuk menikmati khasiatnya! 

 

Rujukan:

(1)siraplimau.com

(2) www.astroawani.com

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}