Guarana: Khasiat ‘Biji Mata’ Dari Amazon

Buah guarana, sekilas pandang tampak seakan-akan biji mata manusia. Biarpun zahirnya dipandang agak menyeramkan namun khasiat terkandung begitu mengagumkan. Buah yang berasal dari kawasan Amazon dan tumbuh secara meluas di Brazil ini terkenal dengan jumlah kafein tertinggi di dunia, iaitu kira-kira 8% lebih banyak berbanding biji kopi serta kadar antioksidan yang tinggi (1).

 

 

Jus BerQah menggunakan ekstrak Guarana sebagai antara 10 bahan berkhasiat terkandung, menjadikan Jus BerQah sebagai suplemen yang lengkap dalam penjagaan kesihatan badan secara menyeluruh. Jadi apakah kelebihan Guarana?

 

Khasiat Guarana dan kelebihan kepada pengguna

Ekstrak Guarana diperolehi daripada bijinya yang diproses menjadi serbuk dan khasiatnya didapati berkesan menghalang saluran darah daripada tersumbat, memerangi radikal bebas, meningkatkan daya otak, memperbaiki sistem penghadaman dan mengaktifkan sel saraf.

 

 

Guarana mempunyai theobromine (1). Bahan kimia semulajadi ini dapat melebarkan saluran darah disamping meredakan keradangan bronkus. Theobromise dalam guarana sesuai kepada yang mengalami masalah pernafasan.

 

 

Antioksidan dalam guarana mampu menaturalisasikan molekul berbahaya atau radikal bebas. Bahaya radikal bebas kepada manusia termasuklah penyakit jantung, kanser dan jangkitan-jangkitan lain (2). Kajian tabung mendapati antioksidan guarana mampu memerangi sel kanser, penuaan dan penyakit jantung (3).

Dengan kandungan kafein guarana yang tinggi ia juga mampu merangsang daya otak lebih fokus dan membekalkan tenaga mental. Kandungan tannins didalamnya juga dipercayai mampu mengubati penyakit penghadaman kronik seperti cirit-birit dan sembelit (4).

 

 

Khasiat Guarana dalam Jus BerQah

Guarana kaya dengan protein serta tenaga. Menurut Journal of Ethnopharmacology, 70% Guarana kini digunakan dalam industri minuman berkarbonat. Namun konsumsi minuman berkarbonat yang tinggi mempunyai kesan sampingan yang buruk kerana kandungan yang lain seperti gula. Jadi jika anda mahukan khasiat guarana seperti penemuan sains diatas tanpa sebarang kesan sampingan, amalkan minuman Jus BerQah oleh MyLustre dalam kehidupan seharian anda.

 

Rujukan:

  1. https://www.bluemacawflora.com/natural-ingredients/guarana-powder-the-strength-of/
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19149749
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28930275
  4. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0378874113005771

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}